Tips Mengurangkan Loya Ketika Mengandung

  • Tuesday, June 11, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hamil sememangnya mengujakan, namun bagi mereka yang mengalami 'morning sickness' pastinya merasa terseksa menunggu 'musim alahan' itu berakhir. Kenangan pahit yang manis, itulah sewajarnya gelaran yang diberi. Loya, muntah, pening, tiada selera makan, alah pada bau mungkin menjadi teman karib pada sebahagian besar wanita yang hamil.



Namun, ada beberapa tips yang boleh dijadikan amalan. Jom baca...

Tips untuk Mengurangkan Rasa Loya


1. Makanlah dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit

2. Elakkan makanan berminyak atau terlalu pedas atau terlalu berempah

3. Pilihan terbaik adalah makanan kering seperti roti bakar, bijirin, biskut kering juga buah atau sup sayur.

4. Cuba minum dengan kerap untuk mengganti garam galian yang hilang akibat muntah. Minumlah minuman berkhasiat seperti milo, horlicks dan sebagainya. Bagi kebanyakan ibu, teh O mungkin merupakan minuman yang paling kurang meloyakan.

5. Jangan memakai kain atau seluar yang ketat di bahagian pinggang. Pakailah pakaian yang longgar dan selesa.

6. Makan asam atau gula-gula untuk mengurangkan air liur berlebihan. Sebaiknya kunyahlah buah-buahan yang masam seperti mangga muda atau kedondong.

7. Jauhi tempat yang mempunyai bau yang terlalu kuat atau menusuk, misalnya baumemasak dari restoran, kaunter wangian atau tempat pembuangan sampah.

Sumber: Ibu Dibelai Anak Dibuai

Selamat mencuba ;-)

..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments