Pemakanan Ibu Mengandung : Kepentingan Zat Besi
- Monday, June 17, 2013
- By efie muhamad
- 0 Comments
Pemakanan ibu mengandung sangatlah penting dan perlu
dititikberatkan. Apa yang ibu makan, itulah yang akan diproses dan akan memasuki saluran darah dan sampi kepada bayi.
Pergantungan bayi adalah sepenuhnya pada uri, dan tali pusat berfungsi untuk menyalurkan segala nutrient
daripada ibu untuk membentuk organ dan tisu, tulang serta membentuk saraf dan
sebagainya.
Apa Fungsi Zat Besi?
Zat besi digunakan oleh badan untuk membentuk hemoglobin.
Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen kepada sel-sel didalam tubuh badan.
Analoginya adalah seperti lori pembawa bahan api untuk keperluan metabolisma
tubuh.
Kenapa Keperluan Zat Besi Meningkat Bila Hamil?
Semasa mengandung, isipadu plasma meningkat sebanyak 40%,
justeru jumlah hemoglobin akan mengalami ‘pencairan’ atau kurang. Oleh itu,
ibu-ibu akan mendapati jumlah hemoglobin dalam tubuh berkurangan bila hamil.
Juga, kawasan yang perlu di ‘cover’ oleh hemoglobin menjadi
bertambah besar. Peningkatan permintaan daripada bayi yang sedang sibuk
membentuk dirinya juga menjadikan tugas hemoglobin lebih mencabar.
Apakah Sumber Zat Besi?
Zat besi kebanyakannya terdapat dalam makanan seperti
daging, ayam dan ikan. Sayuran hijau
seperti bayam, sawi dan brokoli juga mengandungi zat besi yang tinggi. Daging adalah sumber zat besi yang
utama. Namun, kita tidak dapat menjangkakan apakah zat besi yang didapati
melalui pemakanan seharian adakah mencukupi untuk memenuhi keperluan
badan. Hati dan limpa juga mengandungi
kadar zat besi yang tinggi, tapi awas, pengambilan hati semasa mengandung harus
dihadkan kerana terdapat kebimbangan
vitamin A yang tinggi didalam hati yang boleh membawa kepada kesan toksik
kepada bayi.
Justeru, doktor biasanya member suplemen zat besi kepada ibu-ibu
hamil. Walaubagaimanpun ramai ibu yang
membuang suplemen ini dengan beranggapan bahawa bayi akan menjadi besar. Ini
adalah satu tanggapan yang amat salah dan merugikan.
Zat besi akan diserap oleh tubuh dengan lebih baik jika
diambil bersama dengan vitamin C kerana vitamin C boleh membantu penyerapan zat
besi.
Zat Besi dan Vitamin C Shaklee
Shaklee menawarkan vitamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.
Selamat mencuba ;-)
..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
0 comments