Tanda-tanda Hamil Yang Perlu Kita Tahu

  • Monday, June 10, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Mengandungkah aku??

Itulah yang akan terdetik di benak kita, setiap kali terlewat haid. Betul kan?

Tanda-tanda mengandung ada pelbagai. Ada orang yang selera makannya meningkat tiba-tiba bila hamil. Ada juga yang tahu dirinya hamil bila dia tetiba teringinkan sesuatu yang luar biasa.

Namun, secara amnya, berikut merupakan tanda-tanda kebiasaan bagi orang mengandung.

  • Tidak datang haid / lewat didatangi haid
  • Terasa loya
  • Pening kepala
  • Selera makan naik atau berubah
  • Buah dada terasa bengkak dan mula sakit
  • Puting berubah warna kehitaman
  • Terasa letih yang keterlaluan

 

Melakukan Ujian Kehamilan


Ada beberapa ujian yng boleh dilakukan bagi mengesahkan samada kita hamil atau tidak.

  • Ujian air kencing


Garis ujian akan muncul apabila hCG muncul dalam air kencing.

Ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membeli 'pregnancy test kit' dari farmasi.

  • Pemeriksaan Ultrasound 

Pemeriksaan ini dilakukan di klinik dan doktor akan mengesan kandungan kita melalui alat ultrasound. Pemeriksaan ultrasound juga dapat menentukan kedudukan fetus samada di dalam atau di luar rahim.

  • Pemeriksaan Darah
Sampel darah akan diuji untuk melihat kehadiran hormon BhCG. Ujian ini akan dilakukan di klinik.

Selepas kita disahkan hamil, biasanya doktor akan memberikan kita pil asid folik. Asid folik ialah vitamin B yang penting bagi pertumbuhan sel dan janin yang sempurna. Asid folik juga boleh didapati dalam sayuran hijau seperti bayam, buah-buahan sitrus dan bijirin.

Pengambilan ASID FOLIK 3 bulan pertama kehamilan berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf (spina bifida) sehingga 70 peratus. Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly). Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah merah ibu.




Kerosakan tiub saraf Spina-Bifida

 

Pengambilan B-COMPLEX dan VITALEA SHAKLEE setiap hari, membekalkan keperluan asid folik harian ibu hamil. Setiap botol adalah untuk keperluan selama 4 bulan. Jimat + Selamat + Mesra Alam!!!









 ..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments