Nak kurus?? Oh, takdelah susah sangat... Apa yang penting kena KONSISTEN!!
Ok, jom tengok bagaimana caranya untuk cepat kurus..
1. Jangan terlalu fikirkan masalah berat badan
Kadang-kadang, golongan yang obses untuk kurus ni terlalu fikirkan masalah berat mereka, hingga boleh mendatangkan penyakit lain. Contoh mudah: Stress, bulimia...ataupun bila dah stress tu lagila makan tak hingat...hehehh....Jadi jangan terlalu fikirkan. Isi masa terluang dengan perkara2 berfaedah.
2. Sibukkan diri
Ini merupakan cara terbaik. Sibukkan diri anda, jadi anda akan melupakan makanan yang enak2 itu. (Tapi jangan la pulak lepas tu pegi
melantak tak ingat pula ye)
3. Ambil sarapan pagi
Sarapan pagi penting. Kalau anda menahan diri dari mengambil sarapan, maka anda akan mengambil dua kali ganda pengambilan makan tengahari anda, berbanding yang sepatutnya. Percayalah!
4. Pastikan nutrisi makanan di label bagi makanan yang dibeli
Elakkan makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Lebihkan serat.
5. Buat target
Target memang penting dalam setiap hal. Pastikan target anda realistik untuk dicapai. Janganlah pula target untuk turun 1kg sehari, itu memang tidak realistik.
6. Kira kalori
Haaa yang ni memang penting, kena tau kira kalori dalam diet seharian kita. Dah pandai kira, kena la tau kawal eh. Kita ni memang majoritinya perut Melayu kan, nak kena makan nasi setiap hari. Kalo tak makan melepek la jawabnya. Boleh tu boleh makan, tapi kena pandai la.Sekali makan, lebih kurang 800 kalori. Kalau dua kali makan, dah 1600 kalori. Tu dah lebih, so no no no.. Untuk kurus, kena ambil dalam 1500 kalori je sehari kan. Dan juga kena exercise tau.
Jadi.... ini cadangan saya...
>>> Konsep Untuk Kurangkan Berat
- kontrol kalori
- tinggi protein, rendah karbohidrat
- pengambilan air 3liter sehari
- workout/exercise
>>> Cadangan Pemakanan Harian
Pagi
Pagi elakkan nasi. Karbohidrat boleh ambil tapi jenis yang slow release
Apa tu slow release?
Contoh: oat,flaxseed, malt, whetgerm, barley, psyllium husk..
Jadi pagi mkn kenyang2, tapi bukan fast carbohydrate dan juga bukan buah yang tinggi fructose
Lepas sarapan kena exercise sikit, katakanlah buat kerja rumah untuk tingkatkan metabolisme.
Lepas exercise kena ambil protin untuk elak muscle tear (sakit2 badan).
Makan Tengahari
Makan tengahari pun makan bagi kenyang. Lebihkan sayur dan lauk. Nasi sikit cukup.
petang minum teh tanpa gula untuk blok selera makan- teh biasa boleh, cinch tea boleh, teh alfalfa boleh.
Makan Malam
Makan malam pun jangan ambil karbohidrat. Sebabnya malam kita tak pakai tenaga sngat kan. Jadi, metabolisma rendah. Boleh ambil esp kemudian boleh amik sup sayur.
Lepas makan malam jangan terus tidur! Buat kerja sikit, mengemas ke, jalan kat taman ke..
Dan kalau lapar lagi malam. amik fiber jer.. contoh oat supaya perut penuh.
Ok selamat mencuba. ;-)
Cadangan Suplemen Untuk Kurus
Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak anda |
ESP tinggi kandungan protein, juga berfungsi sebagai penambah tenaga |
Cinch sebagai meal replacement, tinggi kandungan leucine dan fiber |
Boleh hubungi saya Efie untuk order / konsultansi di 019-9890707.
ID : 869620
0 comments