Ramai yang bertanyakan saya, bagaimana dan bila masa terbaik
untuk pengambilan suplemen mereka. Haa sebab banyak kan. Contoh kalo ibu
menyusu, dah pasti mengambil B-Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa. Juga
Ostematrix dan ESP. Tu yang wajib. Belum masuk lagi yang sunat. Ada yang ambil
OmegaGuard ke, GLA Complex ke, Lecithin ke.. Macam saya sendiri…Heheh…
Baiklah, secara amnya, saya mencadangkan pengambilan
suplemen adalah pada waktu malam.
Kenapa?
Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh
badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang
terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil
vitamin just right before sleep. Macam saya jugak, nak tidurkan anak dengan
saya sekali konfem tertidur jugakla. Hehe..
Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert
kepada beberapa rules. Ikut je rules ni, insya Allah selamat. Heheh…
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas
air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak
untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan
berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman
bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman
untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
LECITHIN :
Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh
mengganggu penyerapan alfalfa.
2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix
kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini
zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil
kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara
kedua-duanya.
3. Pengambilan
vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi
membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam
kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang
berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia
disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
4. JANGAN Mengambil
suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan
suplemen secara efiesien!
Sekiranya anda
merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang
memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau
bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan
kita.
CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
Waktu
|
Cadangan Pengambilan
|
Pagi
|
B
Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
|
Minum Pagi
|
ESP
|
Tengah Hari
|
Vitamin
C dan Alfalfa
|
Minum Petang
|
ESP
|
Makan Malam
|
Lecithin/Kalsium/Vitamin
E
|
Supplement
|
Cadangan Pengambilan
|
Zinc
|
Seminggu
dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
|
Nutriferon
|
Seminggu
sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
|
Meal shake
|
Boleh
dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
|
Alfalfa
|
Ambil
ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama
ESP.
|
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.
|
Mudahkan? Apa-apa
pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda
semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..
Selamat mencuba!!
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari
saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2
Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh,
saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
7 comments
hi omega mkn bsame ostometrix ataupun bsame vitalea bcmplex n vit c, hb sy rendah 10.8, 10.7,
ReplyDeletesalam nk tanye bole ke amik gla n alfalfa skaligus
ReplyDeleteSalam, nk tnya rm brapa vit c shaklee nie?
ReplyDeletesalam nk tanya alfalfa perlu diambil dalam kuantiti brapa biji sehari?
ReplyDeleteMemang betul Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan, tapi kita kena juga tahu cara makan yang betul..kalau tidak sia-sai sahaja la duk makan tu..tips yang berguna
ReplyDeleteThis is the first time i read your blog and admire that you have posted on this...I really found useful.Keep updated.
ReplyDeleteb vit complex
Welcome Ali
Delete