Ketidaksuburan sering dikaitkan
dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita,
ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel
telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga
sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi
pensenyawaan.
Punca Masalah Ketidaksuburan Wanita
ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium
yang tumbuh di bahagian lain cntohnya di
luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim,
usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding
rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).
Sekiranya tisu ini tumbuh di luar
rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia akan mengeluarkan darah tetapi tidak
dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi
gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita
rosak.
Endometriosis juga boleh menghasilkan
beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan
kemandulan dan keguguran. Boleh rujuk disini untuk maklumat lebih lanjut.
KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ
penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan berenang
ke ovum wanita untuk tujuan
persenyawaan.
Kerosakan tiub Fallopian berlaku
apabila ianya tersumbat akibat jangkitan
kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.
HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah
berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone
tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.
Kedakseimbangan hormon menyebabkan
gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan
wanita.
FIBROID
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang
berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan
pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami
haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia
boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser
SINDROM OVARI POLISISTIK
(POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit
system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang
memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita
mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada
usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan
sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
Antara ciri utama PCOS
adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang
tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon
lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
Antara
tanda-tanda PCOS ialah kedatangan haid
tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu
roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik,
obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan
botak menyerupai lelaki (male baldness).
Cara Mengatasi
Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti
menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil
vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
Elakkan makanan rapu – Makanan
rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan
kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh
pyramid makanan.
Amalkan memakan makanan yang segar
- Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan
pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk
memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
Elakkan Stress – individu yang
stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.
Cadangan Vitamin
Boleh rujuk disini untuk fungsi setiap vitamin.
Berikhtiarlah sebelum TERLAMBAT!!
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari
saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2
Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh,
saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
0 comments