Seminar Dorong Anak Teknik Nabi

  • Monday, September 16, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Alhamdulillah, semalam cuti Hari Malaysia.

Saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Dorong Anak Teknik Nabi anjuran Ustazah Siti Khadijah yang bertempat di HUSM Kubang Kerian. Seminar bermula dari pukul 9 pagi, dan berakhir kira-kira pada pukul 2 petang. Walaupun cuma setengah hari, namun ilmu yang dikongsikan memang sangat banyak, dan berbaloi-baloi dengan bayaran sebanyak RM70 yang dikenakan.


dorong anak teknik nabi
Seminar Dorong Anak Teknik Nabi di HUSM

Bagaimana Yang Dikatakan Teknik Nabi?

Saya copykan sahaja dari wall ustazah ini ye...

Langkah Awal Mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad|

Bagi tuan, puan, cikpuan, para guru dan semua rakan FB yang baru mempelajari Teknik Nabi Muhammad, ini langkah awal bagi memulakan Teknik Nabi Muhammad yang telah dipelajari.

1) Betulkan niat kerana Allah.
2) Pandang dan lihat insan sekeliling sebagai insan yang mempunyai satu kebaikan ( paling minima).
3) Cari kebaikan tersebut, kemudian fokuskan untuk dipuji.
4) Mulakan kata-kata pujian dengan memuji perbuatan, hasil kerja, teknik atau kebaikan yang dilakukan.
-Saya kagum...
-Cikgu suka...
-Ibu gembira...
-Ayah bangga...
-Allah suka...
-Cikgu seronok...
-Nabi sayang... dll
5) Puji perbuatan, kebaikan, teknik atau hasil kerja + sebutkan impak daripada perbuatan, kebaikan, teknik atau hasil kerja yang dilakukan.
6) Binakan skrip kata-kata pujian atau dorongan dalam struktur ayat yang lengkap.
7) Tuturkan skrip yang dicipta kepada orang yang mahu dipuji.
Yakin dan percaya kita hanya berusaha, dan Allah yang memberi hasilnya.
9) Catat atau tuliskan skrip yang telah digunakan bagi memudahkan kerja-kerja mencipta skrip yang baru.
10) Tuliskan catatan aplikasi keseluruhan Teknik Nabi Muhammad bermula situasi sebelum Teknik Nabi Muhammad, semasa dan selepas diaplikasi Teknik Nabi Muhammad.
11) Kongsikan di Facebook atau di blog dengan tag Ustazah Siti Khadijah.
12) Tetap istiqamah mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad biarpun adakalanya tiada hasil.
13) Berserah kepada Allah setelah berusaha.

*Semoga langkah demi langkah di atas akan dimudah Allah. Selamat mengaplikasi, selamat merasai manisnya menjadi insan-insan disayangi.


Jom mula aplikasikan Teknik Nabi ini, sedikit demi sedikit. Semoga hidup kita lebih tenang, tiada lagi stress, orang2 tersayang lebih merasai dihargai dan terdorong untuk terus melakukan kebaikan.

Mari kita cuba ;-)



................................................................................................................

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments