Sambutan Hari Raya Korban di Kelantan
- Saturday, October 19, 2013
- By efie muhamad
- 0 Comments
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nafas untuk terus menghirup udara segar, menikmati alunan takbir hari raya korban pada tahun ini...
Umum mengetahui, sambutan Hari Raya AidilAdha di Kelantan memang meriah. Kalau dulu, saya sendiri sebagai orang Kelantan tertanya-tanya, apa yang meriahnya? Macam samaaaa je... Heheh...
Bila dah besar panjang, bergaul dengan ramai orang ni barulah saya tahu oh memang berbeza. Sebab itu kebanyakan orang Kelantan yang bekerja luar dari Kelantan tetap berusaha untuk pulang menyambut hari raya di Kelantan.
Kat sini, boleh dikatakan setiap keluarga mesti 'buat korban' walaupun hanya untuk 1 bahagian. Proses penyembelihan lembu itu diadakan di rumah, bukan di masjid sebagaimana kebiasaan orang2 luar dari Kelantan. Juga, acara korban ini bukan terhad dilakukan pada hari raya pertama sahaja, namun juga diadakan pada hari-hari tasyriq iaitu hari ke 2,3 & 4. Mungkin itu merupakan perbezaaan ketara sambutan hari raya disini jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Berikut gambar-gambar kami sekeluarga yang sempat diambil, khas untuk tatapan pembaca blog saya... (✿◠‿◠)
Oh sebenarnya anak kandung saya baru 2 orang... Yang lagi sorang tu anak susuan saya a.k.a anak kakak saya yang ke Mekah menunaikan haji, jadi sementara ini dia tinggal bersama kami..
Bagaimana sambutan raya di tempat anda? Jom kongsikan.... ≧◉◡◉≦
................................................................................................................
Anda perlukan suplemen Shaklee???
Anda perlukan suplemen Shaklee???
Untuk yang jauh, perkhidmatan POSLAJU disediakan KHAS UNTUK ANDA (✿◠‿◠)
0 comments