Tips Mendidik Anak Cepat Membaca

  • Friday, October 11, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sudah jadi lumrah, setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang cemerlang. Cemerlang akhlak, cemerlang akademik. namun, tidak ramai yang tahu bagaimana ingin mendidik anak supaya cemerlang sebagaimana yang kita inginkan.

Siri Cepat Membaca: Bacalah Anakku dan ReadEasy, Othman Ahamad dalam Rencana dari Ruangan Didik Manja, Majalah Anis, pada Mac 2003 pernah berkata, " Kanak-kanak yang lambat bertutur berpunca daripada kurangnya komunikasi di antara mereka dan ibubapa sejak mereka kecil. Kesannya, anak-anak ini belajar berbahasa melalui rakan mereka ataupun melalui bahan yang ditonton di televisyen."

Anak-anak ibarat kain putih, kita yang melakarkan corak untuk mereka terlebih dahulu sebelum mereka dicorakkan oleh anasir-anasir luar yang lain. Oleh itu, bagi menanamkan keupayaan membaca dan bertutur dengan cepat, jom kita amalkan tips2 ini..

Menggunakan Bahasa Yang Baik

 

Anak-anak yang baru lahir akan menyimpan semua maklumat atau data yang diterimanya melalui apa yang dilihatnya. Antara perkara utama yang dipelajarinya adalah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka. Apa yang penting, bahasa yang digunakan mestilah betul. selain itu, elakkan mengajuk atau meniru pelat anak-anak seperti menyebut chuchu sebaliknya biarkan mereka yang meniru sebutan kita. Oleh itu, gunakan sebutan yang betul, iaitu susu.

Bercerita


Kanak-kanak sangat gemarkan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanamkan minat anak-anak kepada buku. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulakan dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik tulisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita tertuju pada gambar-gambar di buku. Insya Allah, anak-anak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun.

Memberi Rangsangan dengan Bermain Permainan yang Mendidik


Ibu bapa yang penyayang sering membelikan pelbagai jenis permainan kepada anak-anak. Sebagai galakan, gantikan permainan yang biasa-biasa dengan permainan yang merangsang minda, ataupun permainan yang melatih koordinasi mata dan tangan. Sebaik-baiknya, belikan permainan yang dapat membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Sebenarnya, permainan seperti LEGO atau permainan membina blok sangat penting bagi melatih koordinasi mata dan tangan selain melatih mereka memberikan tumpuan. Bahkan, bermain menyambut bola yang sedang bergerak juga berpengaruh mendidik mereka. Dua kemahiran ini, iaitu koordinasi mata-tangan dapat meningkatkan daya tumpuan anak-anak, malah sangat oenting bagi membantu mereka belajar dengan baik.

Mewujudkan Budaya Membaca di Rumah


Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Selain membaca al-Quran, pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa bagi membaca bahan bacaan lain bersama supaya anak kecil kita dapat menghayati suasana itu. Bagi menyokong suasana ini di rumah, wujudkan mini perpustakaan di rumah, dimana-mana sudut tertentu atau di bilik khas. Selain membaca, ibubapa haruslah bercerita dan berbual menegnai apa yang dibaca. Secara tidak langsung, ia menarik minat anak-anak menegtahui apa yang berlaku, lantas menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar itu.


 
Sumber: SUPERWOMAN oleh Mardiana Mat Ishak

................................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments