Detox... Perlu Ke?

  • Tuesday, April 19, 2016
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Apa kebenda detox mendetox ni ya?

Sana sini orang asek cakap pasal detox je sekarang ni..

Ok, taknak tertinggal keretapi, jom kita amek tau pasal detox..


Detox ialah nyahtoksin iaitu satu proses membuang toksin atau bahan-bahan beracun dan membahayakan dari badan kita. Bagi mendapatkan detox yang berkesan, kita bukan saja kena buang toksin, malah lebih utama menghentikan kemasukan toksin ke dalam tubuh kita!

Masalahnya, dari mana datangnya toksin2 ni?


1) Pemakanan


Makanan dan minuman yg tak berkhasiat, makanan dan minuman diproses, makanan dan minuman yang mengandungi perisa tiruan pewarna tiruan dan sebagainya, makanan yg tak seimbang, dan sebagainya.

2) Barangan kegunaan harian


Toileteries, kosmetik, produk kulit, pewangi, pencuci yang mengandungi bahan terlarang.

3) Udara


Asap kereta, asap kilang, asap rokok, radiasi, dan sebagainya.

4) Mindset


Asyik stress, fikir negatif, banyak alasan, merungut tak sudah2 dan sebagainya.

5) Jiwa yang kotor


Sering melanggar perintah Allah, jarang bertaubat, lalai dalam beribadah.

Perlu Ke Detox?


Sebenarnya, tubuh kita diciptakan oleh Allah SAW dgn begitu hebat. Tubuh kita ni ada mekanisma tersendiri utk mempertahankan diri sendiri, merawat diri sendiri, menyingkirkan toksin, meneutralkan radikal bebas dan sebagainya.

Pendek kata, ia mampu bekerja sendiri tanpa bantuan sebarang pemakanan extra ataupun suplemen.

Namun disebabkan kita hidup di zaman moden yg penuh dgn benda so-called teknologi... Kita terdedah kepada macam2 jenis pencemaran yg kita pun tak sedar.

Tubuh kita dah tak larat nak handle toksin contohnya radikal bebas kerana banyaknya punca-punca dan faktor yang menyebabkan terjadinya radikal bebas dalam tubuh kita ni.

Apatah lagi toksin-toksin 'cari pasal' seperti asap rokok dan sebagainya.

Malah corak kehidupan yang stressful memberi impak yg besar terhadal kitaran toksin dalam tubuh kita.

Dan yang paling utama, diet kita harini banyak yg dah tak seimbang. Makanan segera, makanan rapu, makanan yg diproses... Semua tu bukan saja 'mempermainkan' tubuh badan kita, tapi juga tidak membekalkan tubuh kita dgn nutrien yang sepatutnya.



Cara Buat Detox


Bila nak buat detox, bukan semata-mata kita makan produk detox atau ikut mealplan detox... Sebaliknya kita kena detox seluruh kehidupan kita.

Detox dapur --- tidak lagi menggunakan bahan-bahan perasa tambahan, bertukarlah kepada bumbu asli seperti bawang dan ikan bilis, buat stok ayam sendiri dan sebagainya. Tidak lagi mengamalkan makanan segera yang diproses menggunakan bahan-bahan penyedap. Mengurangkan pengambilan gula dan menukar gula putih kepada alternatif yang lebih sihat.


Boleh dapatkan resepi stok ayam disini.

Detox rumah --- tidak lagi menggunakan bahan-bahan kegunaan rumah yg mengandungi bahan kimia yang memberi kesan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Bertukarlah kepada yg organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.


Rangkaian Set Healthy Home Shaklee - organik, bebas toksid, tiada bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan walaupun untuk bayi.

Boleh order secara terus di sini >> Set Healthy Home Shaklee

Detox wangian --- bersih itu tiada bau. Tidak perlu bau-bau yang kuat walaupun wangi kerana kebanyakannya diformulasikan dari bahan kimia yg memberi kesan kepada manusia.

Detox jiwa --- mengamalkan istighfar membersihkan jiwa, bertaubat, bersedekah, bersyukur dan segala amalan yg dicintai Allah.

Banyak perkara dalam hidup kita kena detox untuk buang racun2 dunia, agar hidup kita bukan saja bahagia di dunia, malah lebih2 lagi di akhirat.

Membazir je Detox Ni....


Ia sama lah macam handphone & media sosial.
Tak perlu pun handphone.

Orang dulu takde handphone & media sosial pun, boleh je communicate. Tapi apsal kita nak juga kena ada segala macam gadjet, FaceBook, WhatsApp bagai?
Orang dulu boleh je berjanji ke, PJJ ke, nak jumpa ke, update apa2 ke... Tanpa handphone & media sosial. Orang dulu belayar satu dunia tapi masih boleh berhubung dengan keluarga, masih boleh settle down di tanahair sendiri.
Jadi kenapa kita kena ada segala alat komunikasi & media sosial?
Sungguhpun begitu, masih ada orang yang tak perlukan pun alat telekomunikasi & media sosial, yet mereka tetap boleh hidup dengan cemerlang.
Dan ada orang yang amat memerlukannya...
Maka, detox-lah dgn cara yg betul, agar organ-organ kita dapat bekerja dgn optimum dan efektif.

Set Detox Shaklee


Bulan ni Shaklee melancarkan program "Jom Detox Cara Shaklee". Set detox Shaklee terdiri daripada Vivix, Alfalfa, Peppermint Ginger Plus, Herblax & DTX Complex. Bersempena pelancarani ni juga, setiap pembelian Set Detox ni akan mendapat Paper Bag Complimentary #LiveAmazing ni secara PERCUMA. 
Bermula 1 April - 30 Jun 2016. 


Boleh hubungi saya untuk konsultansi juga tempahan.

 Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad 
(Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)

Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments