Jumaat lepas, kami geng-geng Shaklee Kelantan ada buat program sesama kami.. Dah lama rasanya tak berkumpul sama-sama macam ni.. Memang seronok...
Nak dijadikan cerita, saya aritu macam dah tak boleh nak join dah sebenarnya.. Khamis tu tiba-tiba demam.. seram sejuk badan tak payah nak cakap..suami pulak takde, outstation masa tu.. maka bergigihlah nak kena hantar amek anak sekolah dengan demam-demam macam tu kan.. Sekolah anak pulak bukannya dekat.. Eh cop, ni bukan nak mengeluh, saje je nak cerita untuk jadi kenangan esok2..hihi...
Malam tu almost tak boleh nak tidur.. So dalam hati cakap 'hmmm tak dapatla join esok punya program ni..takde rezki..memang nak kena ke klinik jugak nampak gayanya ni"..
Tapi kuasa Allah kan, memang kita takleh nak duga.. Pagi Jumaat tu tiba-tiba rasa sihat dah.. terus siap-siap pergi program.. hihihi.. Ammar pergi tinggal umah nenek, Ajlaa' dan Asyfa angkut sekali join program...
Best!
Mari Terbang Lebih Tinggi
Haa ni la program saya..
Bengkel dimulakan dengan belajar cara mengambil bacaan Body Composition Analysis menggunakan KARADA Scale.
- Saksikan bagaimana air yang telah ditapis menggunakan Water Pitcher Shaklee menjadi air yang beralkali
- Saksikan bagaimana paku yang direndam dengan sabun Shaklee tidak berkarat, berbanding yang direndam dengan sabun biasa (sesiapa yang kerap rosak mesin basuh tu, mungkin mesinnya berkarat kat dalam.. cuba tukar sabun ;-))
- Saksikan bagaimana Vitamin C bertindak sebagai antioksidan
- Saksikan betapa mudahnya Vitalea melarut
Korang nak tahu? Haaa yang ni rahsia...
Kalo nak, sila bayar hihihihi.. takdelah, kalo nak kena lah jadi ahli Shaklee dulu... Register RM80 seumur hidup je, dah pun boleh berniaga dah...
Boleh jugak refer post ni untuk lebih maklumat lanjut tentang bagaimana cara untuk jadi ahli Shaklee ni..
0 comments