Resepi Japanese Cotton Cheesecake Yang Senang Tapi Sedap

  • Saturday, November 12, 2016
  • By efie muhamad
  • 2 Comments

Hai...

Bertemu kembali kita ❤❤❤

Alkisahnya, lama dah nak tulis resepi ni kat blog, tapi asyiklaaaa tak jadi je heheheh.. Kali ni baru jadi, Alhamdulillah...

Sebenarnya, malam tadi kami gi shopping barang dapur. Pastu kat supermarket tu ada la jual kek-kek kan.. Murah je belas2 ringgit je.. Ada 1 kek tu macam ala-ala Black Forest... Ammar mintak nak beli kek tu tapi saya cakap tak payahlaaaa.. Ye lah, memang nampak tak sedap pun hahahahaha.. Kek yang saya buat lagi sedap kot hihihihi..

So, disebabkan saya ni ibu mithali (ecececece), maka arini masuk dapur ketung ketang ketung ketang dan jadiklah kek ni..😍😍😍




Jom kita tengok  resepi dia jom...

Bahan-bahan:


6 keping Cheese Cheddar. (Cheese slice yang kita biasa makan dengan roti tu)
200ml susu fresh milk
4 biji telur (asingkan telur putih dengan telur kuning)
70 gram gula halus (saya guna gula biasa je, pastu kisar bagi halus eheheh)
70 gram tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder 
70 gram butter 

Cara-cara:
1. Koyakkan cheese 6 keping tu kecik2, masukkan dalam periuk dan campurkan dengan fresh milk tadi, atas api yang perlahan, kacau cheese dengan susu tu sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan pula butter 70 gram tu, dan tutup api. Kacau sehingga sebati ketiga2 bahan ni.
2. Pukul telur putih dengan gula sampai jadi stiff meringue. Lama jugak la kot, dalam 15-20 minit jugak. Biarkan sekejap.
3. Pukul telur merah hingga kembang, masukkan ke dalam adunan cheese+susu+butter tadi.
4. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sambil kacau perlahan. Saya guna whisk, so macam senang sebati sikit.. Tak berketul.
5. Bila dah betul-betul sebati, kaupkan meringue ke dalamnya. Dan sebatikan lagi adunan ni.
6. Alas kertas alas kek (baking paper) ke dalam loyang dan tuangkan adunan kek ini.
Teknik Baine Marie.
Gambar ihsan dari Google. Lupa amek gambar tadi heheheh..

Adunan ni perlu dibakar secara teknik Baine Marie/steam bath. Jadi, kita letakkan loyang yang berisi adunan kek tadi ke dalam satu lagi loyang atau bekas berisi air panas.

Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan 20min pada suhu 170c. Bakar selama 20 minit, kemudian turunkan suhu oven kepada 140 darjah celcius dan sambung bakar lagi 40 minit.
Dahhhh pun siap. Yeayyyy!!!


Amaran:


1. Sila bertenang. Sabar dulu walaupun kek dah masak. Tunggu sejuk dulu baru potong ok. Nanti hasil potongan kek tu tak menjadi.


2. Kek ni sedap bila dimakan sejuk2. So, sila tambahkan waktu bertenang, masukkan dalam fridge dulu atleast 2 jam baru potong dan ngappp!

Ehehehehe....


Selamat mencuba!




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

2 comments

  1. Yeahh dah dapat. Nanti nak buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat nanti bolehla hantar sini sikit ya heheheh

      Delete