Rancang Aktiviti Anak Pada Musim Cuti Sekolah

  • Monday, December 05, 2016
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Diam tak diam, dah seminggu dahpun cuti sekolah berlalu kan..

Apa aktiviti yang dah kita rancang untuk anak2? Holiday ke? Wahhhhh syoknyaaaa.. Mesti seronok dapat jalan2 kan.. Saya pun teringin jugakla nak bawak anak2 bercuti pada musim cuti ni, tapi belum plan lagi ke mana.. Tengoklah nanti hujung bulan 12 nanti, sebelum sessi persekolahan bermula insya Allah kita pergi lah mana2.. Dekat2 pun takpe, asal anak2 happy...

Setakat ni, jadual musim cuti sekolah anak2 terisi jugak.. Takdelah melangut kat rumah tengok TV je.. Diorang pun konfem bosan kalo dok rumah je...

Aktiviti Musim Cuti Sekolah Anak-anak


Bermula semalam (4/12) diorang ikuti kelas Al-Quran.. Kelas ni nanti start pukul 8 pagi dan habis 1.30 tengahari, Ahad hingga Khamis... Kelas ni umi yang suruh diorang pegi.. Nak suruh diorang fokus bab mengaji musim cuti ni.. Tapi kelas ni bukan megaji semata2.. Ada outdoor activity jugak mcm berkuda dan memanah.. Mesti syokk kan..





Diorang jugak join tusyen intensif musim cuti di Pusat Tusyen Al-Amin.. Yang bab tusyen ni diorang yg request nak pegi, so umi hantar je la... Mula-mula ingatkan tak payah la kot gi tusyen.. Sebab kem Al-Quran tu pun dah separuh hari kan, mesti dah penat.. Takkan malam nak pegi tusyen lagi.. Dahla habis pukul 10.30, esoknya nak kena bangun awal lagi nak gi kem.. Hmmm tapi dah diorang nak gi jugak, so ikutkan jelaaa...

Aktiviti ke 3 diorang, memandangkan umi terlibat dengan #projekbegsekolah, so diorang akan diangkut bersama jugaklah masa nak buat pengagihan beg ke sekolah2 nanti.. Moga2 nanti bila kita dedahkan diorg awal2 dgn kerja2 amal sebegini, akan mendatangkan sifat empati dalam diri diorang, dan memupuk sifat bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang ni..

Lain2 aktiviti? Nanti kita fikirkan..

Nak balik kampung? Memang dah selalu balik kampung pun.. Tak payah tunggu musim cuti.. Setiap minggu memang balik kampung.. Kadang2 seminggu sampai 2-3 kali balik kampung ahahaha... Maklumlah, kampung both umi abi 10-15 minit je dari rumah hihi...

Aktiviti diorang kat rumah?

Aktiviti paling glemer, ofkoslah sepahkan rumah hehehe.. Macam2 diorang main.. Biarkan je.. Sebabnya, mmg dah termaktub undang2 sekian lama, nanti diorang kena kemas sendiri hehehe...

Lagi satu, makanan memang kena sentiasa ada.. Asyik laparrrr je diorang ni.. Tambah2 lagi musim hujan ni kan.. No hal.. Mrs Chef sedia berkhidmat dalam rumah ni hehe...




Selamat bercuti korang!! ;-)







Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments