12 Golongan yang Akan Bangkit di Hari Kiamat

  • Sunday, April 22, 2012
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri kuliah Maghrib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Sebenarnya, sejak dah beranak pinak ni, amat jarang sekali saya berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu, tambahan pula suami saya tiada di sisi. So, memandangkan sekarang ni dia bercuti pertengahan semester selama seminggu, jadi kami tidak mensia-siakan peluang untuk membawa anak2 ke masjid. 'Jalan2 cari masjid', bak kata Sham Kamikaze.. Hehehe...



Jadi, saya nak berkongsi apa yang saya dapat dari kuliah semalam, iaitu 12 golongan yang akan bangkit dari kubur pada hari Akhirat kelak. Jom, sama2 kita renung2kan dan muhasabah diri kita bagaimana...

1. Golongan yang bangkit dalam keadaan kudung tangan & kaki
   ~ orang yang menyakiti jiran, saudara mara, sahabat handai

2. Golongan yang berupakan babi
   ~ orang yang meninggalkan solat 5 waktu

3. Golongan yang buncit perut berisikan ular & kala
   ~ orang yang enggan mengeluarkan zakat

4. Golongan yang perutnya begitu labuh
   ~ orang yang berdusta dalam jual beli

5. Golongan yang bersembunyi di belakang manusia lain, dan bau badannya lebih busuk dari bangkai
   ~ orang yang melakukan dosa secara bersembunyi (cthnya: rasuah, mencuri)

6. Golongan yang putus halkumnya (seperti lembu yang dosembelih)
   ~ orang yang menjadi saksi palsu

7. Golongan yang putus lidah, dan keluar dari lidahnya yang putus itu adalah nanah & darah
   ~ orang yang enggan menjadi saksi yang benar

8. Golongan yang kakinya di atas, kepalanya di bawah dan mereka berjalan dengan tangan, serta keluar darah dan nanah dari celah2 kemaluannya
   ~ orang yang melakukan zina

9. Golongan yang mukanya hitam legam, dan didalam perutnya penuh dengan bara api
   ~ orang yang memakan harta anak yatim

10. Golongan yang mengidap penyakit kusta & sopak
   ~ orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa

11. Golongan yang giginya besar seperti tanduk, bibirmulutnya terjulur hingga ke dada, lidahnya panjang terjelir keluar serta keluar air yang busuk dari mulutnya
   ~ orang yang meminum arak

12. Golongan yang mukanya cerah seperti bulan purnama, dan mereka melalui titian sirotolmustaqim lebih pantas dari kilat
   ~ orang yang beramal soleh, yang menjaga solatnya, patuh ibu bapa


Ya Allah,Kau pandulah kami ke jalan yang Kau redhai...
Semoga kami semua tergolong dalam golongan yang ke 12 itu... Amin....

You Might Also Like

0 comments