KECEWA SEORANG IBU

  • Tuesday, April 03, 2012
  • By efie muhamad
  • 4 Comments

Hari ni merupakan hari kedua menghantar Ammar ke taska berhampiran rumah. Taska ini dipilih setelah melakukan beberapa tinjauan ke taska2 berdekatan yang lain. Selepas timbang tolak beberapa aspek, so taska ini menjadi pilihan. Antara sebab kenapa taska ini saya pilih, antara lain adalah kerana taska ini menyediakan kelas untuk pelajar yang berusia 3 tahun.
Kebanyakan nursery, kelas hanya untuk pelajar yang berusia 4 tahun ke atas.

Oh ya, sebelum ini Ammar dihantar ke rumah pengasuh. Oleh sebab saya sudah berpindah rumah,dan rumah pengasuh agak jauh dari rumah baru ini, so saya memilih untuk menghantar Ammar ke taska, dan adiknya akan bersama saya di kedai.
Selain dari faktor lokasi tersebut, saya juga berharap dengan persekitaran baru yang Ammar akan hadapi di taska, akan memungkinkan dia lebih berdikari, serta tidak lagi menjadi terlalu manja.

Saya begitu berharap......

Namun, agak kecewa, bila hari kedua Ammar di taska, semasa menjemput Ammar pulang, dengan secara tidak sengaja pekerja taska tersebut memberitahu mereka memberikan Ammar Twisties. Saya betul2 terperanjat. Sangat tidak sangka. Alasan mereka, Ammar menangis. Oh, sangat simple nye alasan itu. What a reason!!! Saya terus bagi warning, macamana Ammar menangis sekalipun, jangan bagi Ammar makan apa jua jenis junkfood. Kita betul2 jaga pemakanan anak, dia senang2 pula nk bagi.
Memang saya sangat kesal....


Mengapa Makanan Ringan Tidak Baik??


Senang sekali jawapannya....ini kerana makanan ringan langsung tidak mempunya zat atau khasiat sama sekali. Langsung tidak ada.
Ibaratnya, macam makan kapur. Huhu... Dahla tu, kalori tinggi, garam dan gula pula ibarat bekas garam or gula tu bocor, sangat la banyak. Langsung tiada nutrisi. Kebnyakannya, pewarna dan perisa tiruan sahaja. Malahan, mengandungi MSG yang juga teramatla banyak. Lemak dan garam, senjata utama yang murah juga mudah untuk 'menyedapkan' makanan.

MSG - Monosodium Glutamatat, adalah gabungan daripada asid amino + glutamat + sodium. Glutamat di dalam MSG ini memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak. Menurut Lis Elliot di dalam bukunya ' What's Goping on in There: How The Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life' menerangkan bahawa, glutamat jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan kerap boleh membunuh sel-sel otak.

Jumlah glutamat yang memasuki badan orang dewasa cuma sedikit jika dibandingkan glutamat yang meresap ke dalam badan anak2 yang masih kecil. Jadi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ajarlah dan berilah anak anda sesuatu yang berguna untuknya. Ya, bukan sampah (bak kata Wardina dalam bukunya - Mama, Saya Lapar)




Ammar, dengan seragam sekolahnya ;-)
Caaayang ank umi...

You Might Also Like

4 comments

  1. efie..kn tegaskan soal pemakanan anak..tp sama la..bila di luar pandangan kite, kadang-kadang kita xdapat kawal..

    ReplyDelete
  2. efie, setuju sgt. kat taska anak aku pn tetiap bln buat sambutan bday...mkn kek manis2. kdg2 dpt bday goody pack..ada mcm2 dlm tu. sbg ibu bapa,kita concern pmakanan anak2 kita.tp sbb komitmen kerja,tpaksa hantar anak utk jagaan org lain.cuma harap kepercayaan yg kita beri digunakan sebaik2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula miza kn...gigi ammar tu pn mcm dh nk tggl tunggul je..pengasuh dia suka bg gula2..aku nk ckp lebih2 xreti, sbb pngasuh tu sdara...dh la ammar tu nk gosok gg mmg kena perang dgn dia dulu la...

      Delete