Herbal Blend - The Miracle Cream

  • Tuesday, May 22, 2012
  • By efie muhamad
  • 1 Comments


Anak kedua saya Ajlaa' Qaisa, mengalami ekzema yang agak teruk. Seluruh badan dia, terutama tangan dan kaki, kering bersisik. Setiap masa, memang dia akan menggaru, sampai la kadangkala berdarah. Semasa tidur pun dia masih menggaru, dan kadang2 dia tarik2 rambutnya, mungkin sebab kat kepala pun dia rasa gatal. Sangat sedih melihatkan keadaan dia, tapi saya sudah buntu. Pergi kemana-mana, pasti akan ada orang tanya kenapa dengan kulit anak saya. Memang sangat teruk, seakan kulit orang tua yang dah berkedut, bukan lagi macam kulit bayi.





Sudah banyak klinik, farmasi saya kunjungi untuk mencari ubat yang bersesuaian. Dah bermacam2, sampai saya pun sudah tak ingat apa nama ubat yang pernah saya gunakan. Dah terlalu banyak. Ezerra, aqua, sebamed dan macam2 lagila, dh lupa..Klinik pakar kulit pun dh pergi, namun tetap kurang berhasil. Sehinggakan bila ada kawan syorkan satu klinik di Kajang, saya all the way from Kota Bharu turun ke KL, semata2 untuk dapatkan yang terbaik untuk anak saya.

Sehinggalah saya dipertemukan dengan Herbal Blend ~ Multi Purpose Cream Shaklee, alhamdulillah ekzema anak saya semakin berkurangan. Dia masih lagi gatal, menggaru namun kekerapannya semakin kurang. Kulit dia pun semakin licin, cuma di bahagian yang teruk,iaitu di tangan dan kaki, masih lagi kering. Jadi saya pastikan, bahagian tersebut memang sentiasa disapu dengan krim ini. Kemana-mana kami pergi sekarang, krim herbal blend ini menjadi pendamping setia anak saya.



Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.


You Might Also Like

1 comments

  1. salam, mana saya nak beli Herbal Blend® Multi-Purpose Cream ni yer?

    ReplyDelete