Ahmad Ammar: Insan Hebat Pencetus Kebangkitan Jiwa Yang Mati

  • Wednesday, November 20, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

2 November 2013 
Tarikh pemergian Adik Ahmad Ammar, akibat kemalangan jalan raya di Turki.

Saya begitu terkesan dengan pemergian satu-satunya putera Tuan Haji Ahmad Azam, seorang tokoh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang juga merupakan pengasas Grup Pengkaji Tamaddun Dunia (GPTD), yang pernah saya sertai semasa masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, satu ketika dahulu. Walaupun tak sempat mengenali Ammar, tapi cukup dengan mengenali ayah ibunya, kakak dan abang iparnya membuatkan saya yakin, arwah memang seorang yang cukup hebat biarpun baru berusia hanya 20 tahun. Pemergiannya ditangisi dunia, namun pasti disambut gembira oleh penduduk langit. 

Bagi yang selalu mengikuti blog saifulislam.com, pasti mengetahui ada entry berkenaan pemergian adik Ammar ini yang turut dikongsikan kesedihannya oleh Us Hasrizal Ab Jamil.



Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana corak didikan Tuan Haji Ahmad Azam tehadap anak-anaknya, sehingga berjaya melahirkan insan sehebat itu. Berikut apa yang dapat dikongsikan, semoga kita dapat sama-sama mengambil nilai-nilai ini, untuk diterapkan dalam corak didikan kita terhadap anak-anak.



1. Dinamakan dengan nama yg menggambarkan satu cita-cita besar 
 2. Anak-anak mesti ditanam dengan visi ummatik sejak kecil, iaitu keazaman membuat perubahan demi ummah. Ini satu daripada 7 kualiti yg perlu dibentuk pada anak-anak kita untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti khalifah yang sama-sama akan merubah sistem yang ada sekarang yang dikuasai kuffar. 
3. Adab kepada Allah, ibubapa, ulama2, guru2, jiran2 dan lain-lain 
4. Menguasai Al-Quran 
5. Mendirikan solat dan utk menjadi khalifah, mewajibkan solat tahajjud ke atas dirinya 
6. Menguasai ilmu2 kontemporari, ilmu pada zaman itu.
7. Menguasai ilmu diplomasi, menguasai paling kurang 4 bahasa (bagi org Melayu Islam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan satu lagi) Anak-anak ini insyaa Allah akan menjadi khalifah di masa hadapan untuk mengeluarkan masyarakat, negara dan dunia daripada neo-imperialism.

Waspada dengan agenda Barat yg memecah belahkan umat Islam melalui:-


a) Membahagi negara-negara Islam kepada 4 kelompok dengan masing-masing diketuai sebuah negara dengan ketenteraan yg kuat utk membendung kebangkitan Islam (kelompok Arab, Turki, Melayu & Indo-Pak) .

b) Membahagi masyarakat Islam kpd 4 kumpulan - konservatif; modernis; sekuralis; dan fundamentalis - supaya mereka penat bertelagah sesama sendiri dan lupa isu global, negara dan masyarakat.

Semoga kita sama2 dapat jadikan panduan untuk mendidik anak dalam zaman yang serba mencabar ini. Anak yang mudah-mudahan bukan sekadar cemerlang akademiknya, malah jauh lebih penting dari itu, cemerlang akhlak dan sakhsiahnya dan hebat semangat juang untuk agamanya, insya Allah.

 Perginya seorang Ammar, moga akan membangkitkan 1000 lagi Ammar, suatu hari nanti. Insya Allah.
 Al-Fatihah buat Allahyarham Ammar, moga kini tenang di sisi bidadarinya.



-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-) 
 

You Might Also Like

0 comments