Set Kesihatan Jantung Shaklee: Jaga Jantung Sebelum Ianya Berhenti Berdegup!
- Tuesday, November 19, 2013
- By efie muhamad
- 0 Comments
Organ jantung merupakan organ terpenting dalam tubuh kita. Organ yang paling kuat bekerja, tak pernah berhenti walau sesaat, semenjak kita belum lahir, masih lagi dalam kandungan ibu. Cuba bayangkan, kalau jantung kita rasa penat dan nak berhenti rehat barang seminit dua, agaknya apa akan jadi? Hehehe..
Setiap hari, jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunya tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96000 km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.
3 Jenis Nutrien Yang Diperlukan Untuk Jantung Kekal Sihat & Bertenaga
Koenzim Q10 (CoQ10)
CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ianya kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolestrol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. jadi, pengambilan suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting dalam tubuh.
Tumbuhan Polifenol
Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan diet dalam tumbuhan polifenol kerana ianya berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). Salah satu polifenol yang kuat adalah Resveratrol, dimana ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik, ellagitannins, anthocyanins dan proanthocyanidins juga didapati dapat memberi kesan positif terhadap lajut usia pada tahap selular. Polifenol-polifenol ini banyak terdapat dalam Polyganum Cuspidatum, Murcadine Grape, Elderberry Eropah dan Purple Carrot.
Asid Lemak Omega -3
Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Dacosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA). Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolestrol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplemen.
Produk Shaklee Untuk Kesihatan Jantung
✸ CoQHealth Plus ✸
Menampilkan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10, dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis utnuk memberikan bioketersediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya didalam kapsul CoQHealth Plus Shaklee dirumus untuk memastikan penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.
Vivix merupakan satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Purple Carrot yang kaya dengan polifenol tumbuhan.
✸ OmegaGuard ✸
Mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA & DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA & EPA. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 didalam tubuh kita.
Jadi, macamana?
Bersedia untuk mula jaga jantung dari sekarang??
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari
saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh,
saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
0 comments