Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolestrol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolestrol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolestrol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Faktor Penyakit Jantung
Faktor risiko bagi penyakit jantung dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu faktor 'yang dapat diubah' dan faktor 'yang tidak dapat diubah'. Faktor yang tidak dapat diubah ialah kerana faktor genetik (keturunan), faktor jantina (lelaki lebih banyak terkena serangan jantung berbanding wanita), serta faktor usia (proses penuaan). Manakala faktor yang dapat diubah ialah merokok, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, kegemukan, stress serta kurang melakukan senaman.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr Yap Sau Peng, pembentukan kolestrol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit koronari. Proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. Pembentukan kolestrol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.
Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Gejala Serangan Jantung
Gejala-gejala serangan jantung bagi setiap orang berbeza-beza. Serangan jantung mungkin dimulakan dengan rasa sakit yang tidak jelas, rasa tidak selesa yang tidak jelas atau rasa sesak di tengah bahagian dada.
- Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
- Berat pada dada
- Senak dada
- Sukar bernafas; sakit akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.
Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
- Stabil ➽ mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti
- Tidak stabil ➽ mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
Bagaimanapun, sesetengah pesakit tidak megalami gejala ini. Sebaliknya mereka mungkin mengalami
- berpeluh-peluh
- rasa lemah badan
- sakit pada hulu hati
- pening kepala
- pengsan
Bagaimana Suplemen Shaklee Dapat Membantu?
✿ OmegaGuard ✿
- membantu mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL) dalam darah
- melancarkan darah dan menghalang pembekuannya yang boleh menyebabkan blockage
✿ BComplex ✿
- mengurangkan tekanan
- membantu pengaliran darah yang lebih baik
✿ CoQHealth Plus ✿
- menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
- menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- meningkatkan peredaran darah
- membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah
✿ VIVIX ✿
- mengandungi Elderberry yang boleh merendahkan tahap kolestrol & juga menghalang oksidasi kolestrol LDL
- boleh membantu mengurangkan stress
- polyganum cuspidatum membantu merendahkan kolestrol
Hidup lebih bermakna dengan jantung yang sihat.
Sayangi jantung kita sebelum segala-galanya telah terlambat.
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari
saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh,
saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
0 comments