Saturday, 15 November 2014

AWAS!!! Cucian Kering Boleh Menyebabkan Anda Gugur

Perkara  yang biasa dilakukan seharian, boleh menjadi berbahaya apabila kita hamil. Contoh, tempat kerja kita turut boleh mengundang bahaya semasa hamil, sedangkan kebiasaannya ia selamat untuk kita. Isu inilah yang kita ingin ketengahkan dalam tulisan kali ini, iaitu khusus buat mereka yang bekerja di mana-mana kedai cucian kering (dry cleaning).





Pengendali mesin cucian kering, terdedah kepada risiko keguguran yang tinggi berbanding ibu-ibu lain. Namun, risiko keguguran ini tidak melibatkan ibu yang menghantar baju ke sana, ataupun pekerja lain yang tidak mengendalikan mesin.



Risiko berlaku kerana pelarut organik yang digunakan dalam cucian kering boleh melalui plasenta. Perchloroethylene (perc) adalah cecair yang sering digunakan dalam bahan cucian kering dan juga mempunyai kaitan dengan masalah kesuburan lelaki.

Tetrachloroethylene adalah cecair pelarut lain yang kadangkala digunakan dalam bahan cucian kering komersial. Beberapa kajian menunjukkan pertalian antara mereka yang menyedut udara tercemar tetrachloroethylene, boleh menambah risiko keguguran dan ketidaksuburan.

Sekiranya kita hamil, adalah lebih bijak untuk meminimumkan pendedahan pada pelarut organik semasa bekerja. Minta majikan untuk menukar kerja bagi beberapa jangka masa atau membuat penilaian risiko di tempat kerja.

Hati-hati semasa hamil.. 
Kita bukan saja bertanggungjawab kepada diri kita, tapi juga kepada insan yang bernyawa di dalam rahim kita..



*********************************************************

Ingin order Set Hamil Shaklee?

Efie Muhamad
019-9890707


No comments:

Post a Comment