Kenapa Wanita Yang Berkahwin Di Usia 35 Tahun Sukar Hamil?

  • Saturday, November 15, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Pada zaman sekarang ni, bilangan wanita yang berkahwin agak lewat semakin bertambah. Banyak faktor yang mendorong kepada perkembangan sebegini, antara yang paling utamanya ialah untuk menamatkan pembelajaran terlebih dahulu, menstabilkan kedudukan kewangan kemudian barulah memikirkan untuk berumahtangga. Kesannya, kebanyakan daripada kita mempunyai bayi dalam usia yang agak lewat. Majoritinya dalam usia 30-an. 

Permulaan yang lewat ini bakal mengundang risiko. Paras kesuburan wanita mulai menurun. Mengikut kajian, wanita sangat subur pada usia mereka 20-24 tahun, namun pada usia 35 tahun, tahap kesuburan kita jatuh mendadak sehingga kurang separuh berbanding ketika usia kita 25 tahun.


Semakin lama kita menunggu, 
semakin sukar peluang kita untuk hamil!!!

 

 Faktor-faktor Kesuburan Yang Berubah Bila Semakin Berusia

 

 Kekurangan Telur
Semakin berusia, semakin kurang telur yang tinggal

Kitaran Haid
Apabila wanita menghampiri usia menopaus (putus haid), kitaran haid menjadi semakin tidak teratur

Selaput Uterus
Selaput (endometrium) menjadi semakin nipis dan kurang sesuai bagi mensenyawakan telur

Rembesan Cecair
Rembesan cecair daripada vagina semakin kurang dan ia menyukarkan pergerakan sperma

Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Peranakan
Sesetengah keadaan boleh membahayakan organ peranakan dalaman, seperti endometriosis dan klamedia (chlamydia)

Sakit Berbahaya
Sesetengah penyakit berbahaya boleh memberi kesan negatif pada kesuburan wanita

Masalah Berat Badan
Berat badan semakin meningkat atau obes boleh menyukarkan proses untuk hamil.



  Selain faktor-faktor di atas, faktor-faktor ini turut menyumbang kepada merosotnya tahap kesuburan wanita.

Boleh baca di sini...

Tips Kesuburan - Kenapa Susah Hamil?


Nak tingkatkan kesuburan?

Boleh baca di sini..

Cara Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

 

Suplemen Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita


 Secara asasnya, kesuburan wanita ini adalah berkait dengan hormon. Maka, suplemen yang kami cadangkan untuk meningkatkan taraf hormon ini adalah GLA Complex.


Kebaikan GLA Shaklee

 
GLA (gamma linolenic acid) merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA adalah untuk menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid kembali teratur. Kitaran haid yang stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur, dimana peratusan untuk sperma bersenyawa dengan telur dapat ditingkatkan. 

GLA juga berperanan untuk memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus dan seterusnya ke tiub fallopian, dimana telur telah menanti untuk disenyawakan.

Cecair mukus yang subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dalam jangkawaktu tersebut.

Selain dapat membantu meningkatkan kesuburan, GLA juga dapat membantu melegakan kesakitan semasa haid.


Kesimpulannya.....

Jangan tunggu lama-lama untuk berkahwin...

Dan, jangan tunggu lama-lama untuk hamil selepas berkahwin..

Juga, jangan ambil masa yang lama untuk berikhtiar sekiranya sukar untuk hamil selepas berkahwin..

Ingat!!!

Kesuburan wanita merosot secara mendadak selepas berusia 35 tahun!!!

Untuk dapatkan GLA Complex Shaklee, boleh hubungi saya di sini..

Efie
019-9890707

 


 

 



You Might Also Like

0 comments