Panduan Keselamatan Anak di Rumah

  • Monday, July 22, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kira-kira satu suku daripada semua kemalangan yang berlaku di rumah melibatkan kanak-kanak yang berusia kurang daripada empat tahun. Terdapat beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk membuat rumah lebih selamat. Tindakan berjaga-jaga yang paling baik adalah dengan sentiasa memerhatikan anak-anak. 

Keselamatan Semasa di Dapur


✎ Pastikan lantai tidak licin dan lap sebarang tumpahan dengan segera
✎ Simpan semua bahan pembersih dan bahan peluntur dalam sebuah almari yang diselak
✎ Beli wayar lentur bergelung untuk peralatan eletrik dan pastikan ianya pendek
✎ Pasangkan suatu penghadang di sekeliling hob dapur dan pusing pemegang kuali/periuk ke belakang
✎ Tolak minuman panas ke bahagian belakang permukaan dapur
✎ Simpan perkakas dapur yang tajam seperti pisau dapur didalam laci yang dipasang penyangkut penghalang anak-anak

 

Keselamatan di Bilik Tidur


✎ Pasang penyelak pada tingkap supaya tingkap boleh dibuka sedikit sahaja
✎ Simpan alat mainan anak dalam almari yang rendah supaya dia dapat mencapainya tanpa perlu memanjat
✎ Pastikan perabot adalah tegap dan berbucu bulat

Keselamatan di Bilik Mandi


✎ Jangan biarkan anak sendirian dalam bilik air, sekurang2nya sehingga dia berusia 2 tahun setengah
✎ Gunakan tikar mandi yang tidak licin
✎ Uji suhu mandian anak sebelum anda meletakkan anak ke dalamnya
✎ Simpan pisau cukur jauh dari jangkauan kanak-kanak

Keselamatan di Ruang Tamu


✎ Letakkan televisyen di luar jangkauan supaya anak tidak dapat menyentuh bahagian belakang
✎ Jangan biarkan rokok, mancis, peralatan menjahit atau syiling bersepah-sepah
✎ Elakkan meja berpermukaan gelas

Keselamatan di Laman


✎Buangkan lumut dan rumput dengan kerap supaya laluan tidak licin
✎ Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan yang baru diracun atau dibaja
✎Simpan dan kunci semua peralatan berkebun
✎ Letakkan peralatan permainan di atas rumput atau pasir, bukan permukaan yang keras

Keselamatan Dalam Kereta


✎Pasangkan kunci penahan anak2 supaya dia tidak dapat membuka
✎ Jangan biarkan anak bersandar keluar dari tingkap atau meletakkan tangan keluar semasa anda memandu
✎ Jangan biarkan anak bersendirian dalam kereta

 

Keselamatan Berkenaan Kuasa Elektrik


✎ Tutup semua peralatan elektrik apabila anda tidak menggunakannnya
✎ Jangan sekali-kali membiarkan soket terpasang tanpa sebarang plug kedalamnya
✎ Tutup soket yang tidak digunakan dengan penutup soket tiruan

 
Sama-sama kita beringat, sebelum segalanya terlambat!

..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments