Mari Menyumbang Untuk Gaza

  • Wednesday, July 09, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Rasanya Muslim yang prihatin pasti dah tau kan semenjak 2 hari ni, Gaza kembali bermandi darah (walau hakikatnya memang sentiasa bermandikan darah sejak ratusan tahun dahulu lagi). Sedih sangat, sayu hati, hampir menitis ari mata bila tengok gambar-gambar saudara kita di sana yan g terbunuh dan cedera parah. Di saat kita di sini bermewah-mewah dengan hidangan iftar memenuhi meja, namun saudara kita di sana sahurnya di dunia namun iftarnya sudahpun di syurga.
Innalillah...

Tak sanggup rasanya untuk kongsikan gambar-gambar mereka di sini.. Namun kalian boleh tengok di merata-rata tempat, ramai yang kongsikan kesengsaraan dan penderitaan mereka..

Cuma satu yang saya ingin kongsikan di sini...



Cara untuk membantu mereka!

Ya, mari menyumbang untuk mereka.. Bukan sekadar dengan doa kerana doa itu memang wajib selagi kita bernama Muslim.. Namun, derma ini tak wajib kerana hanya Muslim yang prihatin saja yang terpanggil untuk menyampaikan sumbangan. Semoga kita tergolong dalam Muslim yang sebegini. Saudara kita disiksa, takkan kita nak tengok je kan? Semoga ianya bakal menjadi saham akhirat kita bila kita kembali ke pangkuanNya nanti insya Allah...

Semudah ABC,mari menyumbang!



Semoga sumbangan kita mendapat perhatian Allah..
Amin...

You Might Also Like

0 comments