Anda hamil???
Tahniah!!!!
Hamil itu indah, tapi ramai yang rasa trauma dengan alahan teruk yang dihadapi semasa hamil, terutama pada peringkat awal kehamilan iaitu trimester pertama. Muntah yang kerap, badan lemah longlai tak bermaya, alah dengan bau (biasanya bau minyak wangi dan bau menumis), dan pelbagai lagi alahan yang berbeza-beza, dihadapi oleh ramai ibu hamil. Namun, ada juga ibu-ibu yang memang tak kena alahan ni (morning sickness) dan mereka memanglah saaaaangat beruntung...
Kali ini, kita cuba amalkan beberapa tips seperti di bawah. Mana tau, dapat juga bantu untuk kurangkan rasa loya dan alahan kita ketika hamil.
Let's check it out!
Makan Sedikit Tapi Kerap
Perut yang kosong boleh menambahkan rasa loya. Jadi, kita kena kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.Elakkan Makanan yang Berlemak, Berempah, Berasid atau Bergoreng
Bukan tak boleh langsung, tapi cuba minimumkan pengambilan. Makanan-makanan ini boleh meningkatkan rasa loya. Tapi kalau saya, makanan berempah bersantan berminyak ni memang tak lalu sungguh masa hamil. Tak tau kenapa. Mujur jugak kan? Hihihi....Sentiasa Ada Bekalan Makanan Ringan Seperti Biskut Di Sisi
Macam saya ni, bila dah lapar tu dan-dan tu jugaklah kena makan. Kalau tak makan, boleh menggeletar satu badan. Jadi cara ter baik, pastikan kita sentiasa ada bekalan makanan di samping kita. Biskut la paling senang. Boleh letak dalam handbag ke, dalam tupperware kecik letak atas meja dekat workstation ke...Banyakkan Minum Air
Haaa air ni memang sangat penting. Masa tak hamil pun kita digalakkan minum air yang banyak kan, masa hamil ni apatah lagi. Air dapat membantu mengekalkan badan kita untuk tidak terhidrat, dan kekal bertenaga sepanjang hari.Hidu Buah Lemon
Haaaaa biasanya orang hamil ni suka benda-benda masam kan. jadi, cara terbaik, kerapkan hidu buah lemon ke, limau ke, limau nipis ke tak kisah.. asalkan dapat mencetuskan rasa bahagia dalam diri. chewahhhh.... ehehe..
Banyakkan Rehat
Hamil ni, rasa letih tu sering menjengah kan? Padahal takde buat pape pun, tapi tetap rasa letih. Takpe, ambil peluang ni untuk berehat. Masa tengah rehat tu, banyakkan zikir, doa mohon Allah ringankan kesusahan yang kita alami. Juga ambil peluang untuk baca dan fahami tafsir Al-Quran, ambil peluang untuk khatamkan Al-Quran semasa hamil. Amalkan amalan terbaik semasa hamil.
Ambil Suplemen Untuk Membantu
Biasanya, untuk orang yang alami alahan semasa hamil kami cadangkan untuk ambil Peppermint Ginger Plus. Peppermint merupakan suplemen kombinasi dari daun pudina, halia, adas dan cekur manis ini, dapat membantu mengurangkan rasa loya, angin dalam badan. Juga dapat membantu melegakan pedih hulu hati dan gastrik.
Selain tips-tips di atas, boleh juga amalkan Tips Kurangkan Loya Semasa Mengandung.
Harap dapat membantu ;-)
Nak order Peppermint Ginger Plus?
Sebotol RM45 (90 tablet)
Atau boleh hubungi saya di...
0 comments