Adat Menyambut Kelahiran: Antara Syafaat & Khurafat

  • Wednesday, August 20, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Masyarakat Melayu khususnya, punyai pelbagai adat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran agama Islam. Adat-adat ini diamalkan secara turun temurun, sehinggakan sekiranya kita sebagai ibu bapa muda enggan melakukannya akan dianggap derhaka dan menolak adat warisan. Serba salah jadinya....

Namun, hakikatnya kita memang kena kembali kepada ajaran agama. Apa yang tidak bertentangan, maka bolehlah kita ikut namun sekiranya sah-sah ianya menyimpang dari ajaran Islam maka wajarlah untuk kita menolak.

2 Amalan Kebiasaan Orang Melayu




Adat Melenggang Perut


Kebiasaannya, ianya dilakukan untuk ibu  muda yang mengandung sulung, semasa usia kandungan 7 bulan.

Caranya, direntangkan kain sepanjang 7 helai yang disusun secara berlapis-lapis. Kemudian ibu yang hamil itu akan disuruh berbaring. Bidan kemudiannya akan menarik sehelai demi sehelai kain tersebut secara berselang seli arah ke kiri dan ke kanan.

Sesetengah tempat pula, 3 biji buah kelapa akan dibelah dua. Mengikut kepercayaan, sekiranya tidak dilakukan amalan ini, maka bayi dalam kandungan tidak akan selamat.



Maka jelas sekali amalan ini TIDAK PERNAH WUJUD DALAM ISLAM, mengandungi kepercayaan karut dan khurafat. Kepercayaan ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah syirik. Allah sahaja yang berkuasa membuat ketentuan kepada hamba-hambaNya.

Alangkah eloknya, sekiranya acara ini digantikan dengan mengadakan majlis kesyukuran dan Solat Hajat bagi memohon segala-galanya berjalan lancar. Itu jauh lebih baik.

Adat Tanam Uri


Sebenarnya, adat masyarakat kita, uri akan ditanam. Amalan i ni adalah baik, selagi ianya tidak mengandungi kepercayaan-kepercayaan tertentu yang bercanggah dengan syariat. Sebab, ianya merupakan satu sisi Islam iaitu menjaga kebersihan. Uri ini akan dibersihkan, sebelum ditanam.

Yang salahnya, kepercayaan-kepercayaan yang timbul dalam menanam uri tersebut. Ada yang menanam uri bersama asam dan garam jika bayi itu perempuan, dengan anggapan bahawa bayi itu akan pandai memasak bila dewasa nanti. Untuk bayi lelaki pula, uri ditanam bersama paku dengan harapan bayi itu akan pandai bertukang bila dewasa kelak. Begitu juga dengan penyalaan api sekitar tempat uri ditanam. Ia merupakan suatu kepercayaan yang khurafat dan wajib dijauhi.







Kalo nak tengok cara-cara upacara yang khurafat ini dijalankan, boleh tengok di sini.

Adat seumpama ini memang tidak masuk akal. Nak tergelak pun ada. Hehehe... Kalo macam tu, nanti tanam uri bersama buku akademik ke, laptop ke supaya nanti bila dah besar jadi orang pandai. Hehehe...

Cukuplah membasuh uri dengan bersih dan menanamnya sebagai tanda penghormatan. Jangan lagi ditambah-tambah dengan adat yang tak masuk akal ini.

Syaitan sentiasa berusaha memperdaya manusia dengan amalan-amalan syirik dan khurafat agar manusia terpesong dari jalan yang diredhai Allah. Sentiasalah penuhi dada kita dengan ilmu, kerana bagi manusia yang tidak berilmu, maka semakin mudah bagi syaitan untuk memesongkan aqidah dan kepercayaan seseorang itu sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak ada asas dalam ajaran Islam.

Semoga kita semua dilindungi.. Insya Allah...


You Might Also Like

0 comments