Hari Bertuah Buat Saya....

  • Wednesday, October 22, 2014
  • By efie muhamad
  • 1 Comments

Weekend yang penuh, dan menyeronokkan!
Hari Jumaat, sehari suntuk saya menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee, bertempat di Holiday Villa Hotel, hotel yang baru beroperasi belum sampai setahun terletak di tempat paling femes di Kelantan iaitu Wakaf Che Yeh..
Kami hadir bertiga, saya, Jazilah (cucu Shaklee), dan piut miut Shaklee saya Kak Ila yang datang all the way from Penang semata-mata dengan misi untuk menuntut ilmu, dalam menjadikan diri sebagai seorang SID yang berilmu. Kami tak main-main dalam bisnes ni.. bukan sekadar menjual je ye, tapi sentiasa ambil peluang untuk menambah nilai pengetahuan kami dalam produk-produk Shaklee.



Oh ya malam tadi sempat belanja kak ila dinner.. cuba tengok kak ila ni.. memang terperanjat saya bila tau umur beliau.. cuba teka berapa? Hehehe...




Ha dah teka? Berapa? 44 okeh.. betul tak tekaan tuh? Hehehe... awet muda sungguh kan?

Ok, berbalik pada Bengkel Nutrisi ni, memang saya sangat bertuah arini.. nak tau kenapa? Ok masa bengkel nutrisi ni, ada games yang kami kena main. Games simple2 je, just nak bagi kita stay active & tak mengantuk..

Game pertama, main kotak beracun. Tau main ni kan.. haaa kotak beracun tu last dekat saya, so kena jawab soalan..

Soalannya..

"Bolehkah bayi 6 bulan kita bagi minum ESP?"



Jawapannya tak boleh la kan.. bayi mana boleh amek suplemen.. ibu yang menyusu tu yang kena amek ESP, so that zat ESP tu yang akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

So game ni saya dapat hadiah sebotol Vitamin C Chewable.. vitamin ni mengandungi 100mg vitamin C, dan boleh diberi kepada anak-anak memandangkan ianya boleh dihisap. Rasanya masam-masam sitrus gitteww.. insya Allah bagus untuk tingkatkan imun tubuh untuk lawan jangkitan penyakit.


 
Untuk game ke 2, uji daya ingatan kita. Ditunjukkan 20 gambar macam-macam (cthnya komputer, rumah, tukul, kek, pelangi etc) selama 20 saat, kemudian gambar ditutup. Seterusnya dalam masa 15 saat kami dikehendaki tulis balik apa gambar yang ada.. haaa mencabar kan? 

Alhamdulillah, berjaya menulis balik 12 gambar daripada 20 gambar (tempat kedua).. hadiahnya 2 sachet Cinch Energy Tea Mix.. wahhhhh best tau.. suami saya suka sangat ni.. memang dapat bagi kita tenaga, takde rasa lemau2.. rasa special sangat dapat Cinch Tea ni walaupun cuma 2 sachet, sebab Cinch Tea ni tengah takde stok sekarang ni..

Ok, last sekali masa dah habis penerangan tentang produk, kami dikehendaki menjawab ujian. Ada 25 soalan yang diberikan, dan dikehendaki menjawab dalam masa 20 minit. Soalan agak mencabar jugak. Of course takleh buka buku masa test ni.. huhu..

Alhamdulillah, berjaya menjawab 23/25 soalan dengan betul. Dapat markah tertinggi. Hadiahnya sebotol Lecithin dan sebotol CoQHealth.. alhamdulillah..

Koleksi hadiah yang dapat heheheheh

 Kelas berakhir dalam pukul 5 petang.. Sessi bergambar kejap, then if sape2 ada soalan mengenai produk boleh tanya terus dekat Nutritionist Bertauliah Shaklee, Puan Sarah.

Kami bertiga, bersama Puan  Sarah (Nutritionist Shaklee)

Lepas je semua selesai, saya terus rushing g pickup anak-anak, untuk majlis bersama famili pulak.. setiap Jumaat malam, bermula Maghrib kami solat jemaah bersama (one whole big family), kemudian kuliah Maghrib dari ustaz yang dijemput khas, solat Isyak dan kemudian dinner beramai-ramai sama-sama.. Majlis end biasanya 10.30 malam, then baru saya dan anak-anak bertolak balik ke rumah kami di Pasir Tumboh...

Alhamdulillah, seronok jadi ahli Shaklee.. Sentiasa ada latihan yang disediakan, samada secara percuma atau berbayar kedua-duanya ada... Kumpulan sokongan yang sentiasa menyokong secara total, samada dari segi spiritual ataupun tidak.. Best sangat!

Anda ingin sertai kami?

Boleh baca di sini apa lagi kelebihan yang kami ada, sebagai pengedar sah Shaklee...

Jadi Ahli Shaklee Bersama Kami Di iReach

 

Mengapa Anda RUGI Jika Tak Menjadi Ahli Shaklee Bersama iReach?

 

Daftar Ahli Shaklee; Semudah ABC

 

Peluang Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

 

3 Sebab Saya Seronok Berniaga Online Dengan Shaklee

 

FREE!! Percutian Mewah di Kota Kinabalu Bersama Shaklee

 

 Efie Muhamad
019-9890707
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
NO ID: 869620

You Might Also Like

1 comments

  1. Hari bertuah yg best kan? He he he..kena terus study dan study dan study ni

    ReplyDelete