Senaman Semasa Hamil Yang Dapat Membantu Memberi Stamina Semasa Bersalin
- Saturday, December 06, 2014
- By efie muhamad
- 1 Comments
Mengandung = manja..
Sinonim kan.. Asyik nak melepek je kat katil.. Alasan, ibu hamil kena rehat banyak-banyak..
Sinonim kan.. Asyik nak melepek je kat katil.. Alasan, ibu hamil kena rehat banyak-banyak..
Betul, rehat tak salah tapi kalo terlebih rehat pun tak bagus jugak. Unless, kandungan kita ada masalah dan kita memang dinasihatkan doktor untuk 'bedrest'.
Selain itu, mari kita cergas-cergaskan diri.. Ibu-ibu mengandung digalakkan untuk berada dalam keadaan 'fit' untuk memastikan ibu-ibu mempunyai stamina yang cukup sepanjang tempoh kehamilan, terutama bila sudah memasuki trimester ke 3 nanti.
Ada beberapa jenis senaman yang sesuai dengan ibu-ibu hamil ni..
Senaman Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil
Oh, tentu sahaja senaman yang lasak seperti aktiviti panjat gunung, lumba lari 100m dan sebagainya tidaklah digalakkan. Akan tetapi, banyak jenis senaman yang lain seperti berjalan kaki, berjoging, berenang dan yoga, sangat sesuai dilakukan semasa mengandung. Pilihlah satu rutin yang mudah, untuk dipenuhi dan sesuai dengan masa kita.
YOGA
Merupakan satu bentuk senaman yang mementingkan pernafasan yang baik. Ini penting terutama ketika datang sakit untuk bersalin. Ia juga penting menganjalkan otot-otot. Namun, ada juga postur-postur yang tak sesuai untuk ibu hamil terutama di trimester ke 3. Berbincanglah dengan guru senaman sendiri.
BERJALAN KAKI
Merupakan satu senaman yang baik untuk meningkatkan stamina. Ia mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kita boleh mulakan dengan berjalan kaki ke pejabat (jika berhampiran), atau pergi membeli makanan sendiri ketika waktu rehat (tanpa perlu pesan kat kawan-kawan untuk bungkus).
Bagi surirumah, ataupun mereka yang bekerja dari rumah, boleh je jalan-jalan pusing keliling rumah beberapa kali. Nak lebih best, pusinglah taman perumahan anda. Dapat jugak bertegur sapa dengan jiran-jiran kan?
Bagi surirumah, ataupun mereka yang bekerja dari rumah, boleh je jalan-jalan pusing keliling rumah beberapa kali. Nak lebih best, pusinglah taman perumahan anda. Dapat jugak bertegur sapa dengan jiran-jiran kan?
BERENANG
Berenang merupakan senaman paling baik. Ia meningkatkan stamina juga meningkatkan keanjlan otot-otot. Semasa di dalam air, berat tidak terasa dan ini mengelakkan tekanan pada otot-otot.
Peringatan!
Dalam beberapa keadaan, kita perlu berhenti bersenam, ataupun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mula bersenam.Antaranya...
- Berlaku pendarahan
- Terasa sakit di sesuatu bahagian semasa bersenam
- Sekiranya doktor mengesahkan uri berada di bawah
- Atau kandungan didapati tidak membesar dengan baik dan terdapat kekurangan air ketuban.
Bersenamlah dengan kadar sederhana terutamanya jika kita bukan kaki bersenam. Sekiranya kita berasa bertenaga semasa mengandung, ini akan membantu semasa perjuangan sebenar iaitu ketika melahirkan bayi.
Nutrisi Yang Perlu Semasa Hamil
1 comments
yoga mmg xleh buat la..hahahah..kang relax dok tarik nafas bebudak ni dtg dok ats riba la bagai :)
ReplyDelete