D Hotel : Hotel Yang Selesa Untuk Anda Menginap di Sri Iskandar, Perak

  • Tuesday, December 26, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Sri Iskandar, Perak bagi menemani Abi yang ada urusan di sana. Memandangkan saya yang bekerja secara flexible, di mana urusan bisnes Shaklee boleh aja dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada line internet, maka hendak menemani suami tidaklah menjadi sesuatu yang membebankan. Tak perlu nak mohon cuti. Anak-anak pun tengah cuti sekolah. So, bila Abi kata nak ke sana, kami pun ON aje. Maklumlah, jalan-jalan makan angin memang lah seronok kan. Hehehehe...

Saya pun macam biasa lah, mula survey hotel yang ADA KOLAM untuk kami menginap. Anak-anak, itu je lah yang diorang suka sangat kan. So, bolehlah gembirakan anak-anak sekali. Ala-ala percutian sempena cuti sekolah yang dah nak berakhir. Minggu depan kan dah start sekolah.

Merisik khabar dengan teman-teman orang Perak, diorang cadangkan D Hotel. Menurut kawan saya Kak Fazi ni, hotel ni je yang ada kolam kat Sri Iskandar. So, saya pun teruslah booking melalui Booking.com. Biasanya, bila kita booking online ni, harganya lebih murah berbanding dengan walk in.

Lokasi D'Hotel ni amat strategik. Memang berhampiran dengan segala macam kemudahan. Bangunannya attached dengan pasaraya Billion. Depan hotel, waktu malam ada dibuka gerai-gerai makan yang makanannya pelbagai dan superb! Sedap dan berbaloi sangat dengan harga. Sekeliling hotel ni juga ada pelbagai kedai yang jual macam-macam. Pendek kata, kalau ada nak beli barang ataupun tertinggal apa-apa dan nak beli, memang senang. Walking distance je segala kedai yang ada.

Breakfast pun ada disediakan juga di hotel ni. 
Banyak pilihan jugaklah, dan sedap!






Tengoklah diorang ni..
Happy sangatlah kalau dapat jumpa air..




Tak sabar untuk our next vacation pulak..
Februari 2018, insya Allah..
Destinasi?
Tungguuuuuuuuuu...
***********************************************

Nak order Shaklee?



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments