12 Tips Nak Bagi Anak Gemar Makan Sayur

  • Wednesday, December 20, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Tak cakap anak orang, anak saya pun sama. 
Kalau bab sayur ni, jenuh jugaklah nak suruh makan.
Nak kena guna pelbagai 'helah', baru la sayur tu masuk kat tekak diorang.. ðŸ˜‚

Ada beberapa tips yang kita boleh praktikkan, untuk bagi anak suka makan sayur.

Let's check it out!



1. Kita sendiri kena makan sayur. Kepimpinan melalui teladan kan.  Jadi, kita kenalah jadi contoh kat diorang. Baru anak kita akan dapat ikut.  Kalau kita paksa anak je makan sayur, tapi kita tak, maka ini ibarat ketam yang nak ajar anaknya berjalan lurus. 

2. Biasanya, kanak-kanak ni sukakan benda-benda yang dapat tarik perhatian diorang. Jadi, mungkin boleh hidangkan sayur-sayur tersebut secara kreatif, baru diorang tertarik untuk makan.

3. Pelbagaikan jenis masakan sayur. Kalau semalam sayur goreng - hari ni pun goreng - esok pun goreng - bukan naka je jemu, dengan kita sekali pun turut jemu jugak kan. Cuba pelbagaikan. Semalam goreng - hari ni sup - esok stim - lusa grill - tulat masak lemak, ha kan lebih teruja dan berselera nak makan. 

4. Sekali- sekala boleh cuba ajar anak makan sayur mentah. Timun ke, lobak merah ke, sengkuang ke - cicah sos pun sedap kan.

5. Kalau anak jenis yang memang tak boleh nak telan sayur,  cuba kisar halus sayur tersebut. Contohnya, buat krim sup sayuran. Sup macam ni sedap jika dimakan bersama roti bawang putih. Macam kat Pizza Hut tu. Cubalah.




6. Libatkan anak dengan sayur. Proses memilih sayur untuk dibeli, proses memasak sayur kat dapur. Tanyakan pendapat diorang, apa yang diorang suka. Sayur bagaimana pilihan diorang. Masakan jenis macam mana yang diorang gemar.

7. Anak-anak yang masih kecil, suka betul nak bersama kita kat dapur bila kita tengah nak memasak kan. Kadang tu kita 'halau' diorang dari dapur, rasa macam kehadiran diorang ni macam mengganggu je kita nak memasak. Jangan begitu. Bagi je diorang main. Biar diorang kenal sayur, tekstur sayur, bau sayur. Dekatkan diorang dengan sayur-sayuran.

8. Jangan terlalu memaksa. Nanti diorang akan jadi trauma. Pujuk sedikit demi sedikit. Mungkin cubaan pertama berhasil hanya sesuap je sayur diorang telan. Takpe. Nanti kita 'up' lah dekit demi sedikit. Masa tengah makan tu, terangkan sekali dekat diorang, apa khasiat sayur yang diorang tengah makan. 

9. Jika anak-anak suka makan pastri, boleh kita cuba 'seludup' masuk sayuran ke dalam pastri tersebut. Contohnya - kek lobak merah, tat sayuran campur ataupun roti bayam.




10. Sayur-sayuran bukan je boleh makan secara fizikal, tapi kita juga boleh kisar untuk dibuat jus. Mungkin kita boleh berkreativiti dengan mencampurkan sayur + buah, kisar bersama dan dapat hasilkan jus minuman yang sedap dan berkhasiat pastinya.

11. Aiskrim pun boleh! Sayur + buah, kita kisar dan masukkan beberapa bahan tambahan lain yang sesuai untuk buat aiskrim, dan bekukan. Pastikan aiskrim tersebut sedap tau. Hihihi..

12. Sayur pelbagai warna, bukan hanya cantik untuk dilihat namun sedap juga dimakan. Kalau asyik sayuran hijau je, bosan juga kan. Bila pelbagai ni, khasiat pun pelbagai pastinya. Cubalah.



Cubalah ya tips-tips ni.
Harapnya, lepas ni anak-anak kita akan lebih suka makan sayur. ;-)

 Selain amalkan pemakanan yang sihat sebegini untuk anak, kita juga boleh bagi anak-anak makan suplemen bagi menampung nutrisi yang kurang dalam tubuh diorang.

Antara yang boleh diamalkan adalah Chewable Vitalea Multivitamin, Mealshakes dan OmegaGuard. Ketiga-tiga jenis vitamin ini amatlah membantu dalam menguatkan imun tubuh diorang dan membantu perkembangan otak dan minda supaya lebih cergas.

Boleh beli vitamin-vitamin tersebut melalui link eSell di bawah.



Ataupun boleh hubungi saya.


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments