Thursday, 20 July 2017

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Sebenarnya simple je kan cara buatnya.. Semua orang tahu kot tapi takpelah kita tulis jugak resepi kat sini.. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.. Aminnn...

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai




3 biji Bawang Merah
1 labu Bawang Putih
1 biji Bawang Holland
Sedikit halia
5 tangkai cili kering (rendam dengan air panas)
Semangkuk bilis
2 papan petai

1. Tumiskan bawang + halia + cili kering sehingga pecah minyak (pastikan pecah minyak tau kalo tak nanti tak sedap sebab bawang dan cili tu tak masak). 
2. Masukkan sedikit garam dan gula @ gula melaka.
 3. Masukkan sedikit air
4. Masukkan ikan bilis 
5. Last sekali, masukkan petai dan tutup api dapur.

Siap!!

Senang kan.. 
Tengah berperang dengan anak pun boleh buat ni.. Hihihi...
Makan dengan nasi panas, memang tak nampak lauk lain dah 😍😍

Selamat Mencuba ;-)


*******************************************************

Nak beli Shaklee?



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

2 comments: