Kenali Faktor Pencetus Kanser

  • Monday, January 20, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sungguhpun kanser dianggap sebagai penyakit genetik yang mudah untuk diwarisi, namun bukti menunjukkan hanya sejumlah kecil kanser diwarisi. 
Hakikatnya, KEBANYAKAN KANSER DIUNDANG, BUKAN DIWARISI.

Faktor Pencetus Kanser

 

Terdapat 2 jenis faktor yang menyumbang ke arah terjadinya kanser. Pertama, faktor di luar kawal manakala yang kedua adalah faktor yang boleh dikawal.

Faktor di luar kawal adalah faktor persekitaran yang boleh mencetuskan kanser seperti radiasi, bahan kimia industri, bahan mudah berjangkit, pencemaran dan lain-lain. Kita mungkin tidak dapat mengelak semua karsinogen persekitaran (bahan penyebab kanser) seperti asap tembakau, radiasi dan jangkitan. Betul kan?

Namun, faktor yang boleh dikawal  seperti makanan dan pemakanan, kegiatan fizikal dan komposisi tubuh juga amat penting tetapi sering dipandang ringan padahal ianya turut menyumbang ke arah pembentukan kanser. 

Bagaimana Ketiga-tiga Faktor Ini Mempengaruhi Risiko Serangan Kanser?

 

Diet Yang Buruk

Makan secara tidak teratur meningkatkan risiko kanser dalam 2 cara:

Menyebabkan sel kacau bilau

Kanser bermula dalam sel-sel yang menjadi blok pembina tubuh. Biasanya tubuh membentuk sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah mati.

Namun, kadangkala sel-sel baru membiak sekalipun tidak perlu semntara sel-sel lama pula tidak mati. Maka, sel-sel yang berlebihan ini membentuk himpunan tumor yang bersifat malignan (kanser) atau benign (tak bahaya)

Merubah dan merosak DNA.

Perubahan / kerosakan gen boleh menyumbang ke arah pembentukan kanser. Gen-gen adalah komponen DNA, justeru kerosakan DNA boleh memulakan kanser dengan mengganggu aturan sel normal. Kebanyakan kanser yang berkembang dengan cara ini dikenal pasti secara klinikal hanya bertahun selepas kerosakan awal DNA.

  Lemak Tubuh Berlebihan

Lemak tubuh menghasilkan bahan berlebihan seperti hormon seks dan insulin. Dalam keadaan biasa, ia merupakan bahan normal yang menyumbang kepada kimia tubuh semula jadi. Tetapi bagi yang gemuk, paras tinggi bahan-bahan kimia iniboleh menyebabkan sel-sel berkembang dan membahagi dengan cepat.

Tidak Aktif Secara Fizikal

Tahap aktiviti fizikal semakin menurun. Pekerjaan menjadi semakin santai. Lebih banyak duduk, ke mana-mana menggunakan kenderaan, sistem penghawa dingin manakala aktiviti berekreasi dahpun digantikan dengan menonton TV ataupun main komputer

Bagaimana VIVIX SHAKLEE Dapat Membantu?

 

Vivix merupakan satu2nya produk yang dapat melindungi dan memperbaiki sel badan di peringkat DNA lagi. Dengan ramuan yang hebat, dan cara Vivix bertindak maka tak hairanlah ramai yang memilih Vivix bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh.



Ajal maut penyakit semua datang dari Allah. Namun, tugas kita adalah untuk berikhtiar, agar segala yang buruk itu terhindar dari kita. Usaha sebaik mungkin, kemudian kita berserah pada Allah. Itu yang sebaiknya, kan?
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Hubungi saya di 019-9890707. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
  

.

You Might Also Like

0 comments