Kenangan Manis Hari Sukan Sekolah Little Caliphs Pasir Tumboh

  • Monday, June 02, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Lama dah dak tulis entry ni, tapi tertunda2.. Heheheh... Takpe lah walaupun dah lama lepas, tetap nak tulis jugak, biar kekal dalam ingatan bila ada kt blog ni...

Sabtu 2 minggu lepas (24 Mei 2014), sekolah anak-anak Little Caliphs Pasir Tumboh telah mengadakan aktiviti sukan tahunan.  Sukan ini diadakan di Kota Bharu Futsal Arena, di Padang Tembak Pengkalan Chepa. Bermula seawal jam 8 pagi, dan berakhir kira-kira jam 12 tengahari..

Seronok!!!

Memang seronok!!

Kita sebagai ibu bapa pun seronok, apatah lagi anak-anak kan? Memang seronok sangat diorang. Aktiviti diorang bermula dengan perarakan perbarisan, senamrobik dan diikuti dengan acara sukan mengikut kelas diorang.  

Kelas Ajlaa’ (3 tahun) ada 1 je, tapi dipecahkan kepada 2. Yela, nak bertanding kan? Tapi tu pun 2 3 orang je, sebab masing2 dok pakat menangis nak dusuk dengan mak ayah masing2.. Hehehe… Lucuuuu banget tengok anak2 umur 3 tahun ni.. Tapi Ajlaa’, my luvly daughter tu steady je tau… Mabeles!! Sebab tu dia yg lead her class ;-) .. Kelas 4 & 5 tahun, masing-masing ada 3 kelas, manakala umur 6 tahun ada 4 kelas. 

Setiap kelas, ada 2 acara yang dipertandingkan. 

Jom tengok gambar-gambar diorang…

On d way nak ke Hari Sukan

Ajlaa' lead class dia masa perbarisan... good job my dear ;-)

Curi-curi amek gambar Ammar dari jauh masa baru lepas acara dia

Dah terima medal dah..

Anak dara yang sangat independent... Mmuahhh..

Aulad 3... Separuh je yg nak bergambar...hehehe...

Aulad 5..


Nak upload video tak dapat la pulak... Hmmmm... Takpelah...

Untuk ibu bapa, ada 3 acara. Acara berkeluarga, acara kaum ibu sahaja dan acara kaum bapa sahaja. Yang ni takde gambar, sebab  saya join sekali, dan MENANG!!! Ahahahahah… Dapat bawak balik hamper ni…

Apapun, saya memang excited setiap kali join aktiviti-aktiviti sekolah ni. Memang ternanti-nanti…hihi…

Oklah, kita jumpa lagi pada aktiviti sekolah yang akan datang ;-)


You Might Also Like

0 comments