Percutian 5 Star 3 Hari 2 Malam Tajaan Penuh oleh Shaklee di Sunway Resort Hotel & Spa
- Tuesday, June 10, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Alhamdulillah, untuk cycle Shaklee yang lepas, saya berjaya mendapatkan 1 keping tiket percutian Shaklee ke US ataupun 3 tiket percutian di Sunway Resort Hotel & Spa. Kena pilih, mana satu yang kita nak. Lepas perbincangan dengan suami, saya mengambil keputusan untuk memilih percutian di Sunway Resort.
Percutian ini diadakan serentak dengan National Conference Shaklee 2013/2014 yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre. Alhamdulillah, kali ni saya dapat bawak seluruh ahli keluarga, iaitu suami dan anak-anak serta mak sekali...
Anak-anak tak payah cakaplah kan, memang seronok sangat lah especially bila dapat mandi kolam. Diorang ni memang pantang jumpa kolam. Berendam 5 6 jam pun takde masalah diorang ni. Hehehe... Satu lagi part diorang paling excited sebab kami ke KL dari KB naik flight, balik ke KB balik pun dengan flight jugak.. Memang saja nak bawa diorang naik flight, tak pernah lagi sebelum ni diorang naik flight kan... hihihi...
Monyok tunggu flight delay...hehehe... |
Tak suka pakai seat belt.... |
Makan biskut secara overexcited.... |
Ammar tidur dah... |
Awan memutih macam kapas... |
Ajlaa', masa on d way pergi, dia cakap takut. Banyak soalan dia tanya saya.. "Nape kapal terbang naik bukit lah (masa take off), nape kapal terbang berhenti la (masa kat atas), takut kapal terbang jatuh dalam air la (masa nak touch down).. Hehehe... Ammar ok je, memang excited padahal masa tu dah dekat 12 tengah malam.. Masa on d way balik, Ajlaa' kata dia takut sikit, tak takut banyak dah.. Ammar pulak tidur... hmmmmm....
Masa kat Sunway tu tak sempat nak amek gambar banyak-banyak kat hotel sebenarnya.. Sebab aktiviti agak pack dengan National Conference Shaklee.. Apapun jom lah layan mana yang ada gambarnya....
Untuk hari ke 3, sepatutnya kami masuk ke Sunway Lagoon Theme Park secara percuma. Main lah apa-apapun free je. Siap dapat elaun makan lagi, Shaklee bagi RM50 sorang. So, dapat beli apa-apa makanan dalam tu guna elaun ni lah..
Tapi, saya tak dapat join program hari ke 3 ni sebab suami dah start exam akhir sem di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Dia ke Penang terus, kami balik ke KB. Takpelah, takde rezeki la tu maknanya untuk kami bergembira di Sunway Lagoon.. Insya Allah, bila Allah izinkan suatu hari nanti kami akan sampai juga ke sana, walaupun time tu kena bayar dh la kan.. Heheheh..
Trip dengan Shaklee ni memang best.. Semua free, duit poket pun dapat, welcoming gift pun dapat jugak. Asal balik bilik malam-malam je mesti ada hadiah kt atas katil. Best kan? Ni hadiah malam pertama, hadiah malam kedua lupa nak snap...huhuhu...
Untuk next year, percutian ke luar negara adalah ke Italy. So, kita target untuk ke sana pulak ok ;-)
Anda nak bersama kami untuk grab segala offer menarik yang Shaklee tawarkan? Mudah je, caranya dengan daftar jadi ahli dulu la... Tak mahal pun, cuma RM75 seumur hidup, ataupun boleh dapat keahlian percuma tapi ada syaratnya lah...
Boleh baca di SINI...
Ataupun SINI...
Ataupun SINI...
Dan juga SINI...
Anda memang boleh menjana pendapatan melalui Shaklee... Boleh baca di SINI...
Nak tau kenapa saya suuuukaaaa sangat berniaga Shaklee? Boleh tengok di SINI...
Jangan buang masa lagi... Cepat-cepat buat keputusan...
Be Part of The Shaklee Effect!
Boleh call saya sekarang!!
iR Efie Muhamad
ID Shaklee: 869620
019-9890707
0 comments