Perkongsian Forum di Karnival Hijrah Negeri Kelantan

  • Thursday, June 19, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kat Kelantan sekarang ni tengah ada program Karnival Hijrah, bertempat di Balai Islam Lundang. Tapi, arini last la.. Hehehe... Bermula 11 Jun aritu, dan berakhir arini 17 Jun...


Semalam saya sempat join program Bicara Sakinah: Forum yang bertajuk Keluarga Mithali Impian kita.. Forum ni jemput 2 orang ahli panel, iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustazah Zawiah Hassan. Alhamdulillah banyak sangat ilmu yang saya dapat, dan ingin saya kongsikan dalam entry blog ini apa yg saya mampu.

Perkongsian Intipati Forum


Fitrah manusia ni adalah untuk hidup secara berpasang-pasangan. Sebab itu tak hairan sekiranya datuk nenek kita yang dah menjangkau usia lebih 60 tahun pun, jika ditakdirkan hidup berseorangan kerana pasangan  telahpun pergi terlebih dahulu, tetap ada yang berkeinginan untuk berkahwin lagi. Jangan pelik kerana itu fitrah. Jangan kita halang mak ayah kita yang nak berkahwin lagi pada usia emas mereka, kerana itu fitrah. Bukan semata-mata kerana hubungan di tempat tidur, namun lebih kepada teman untuk berkongsi. Berkongsi cerita, berbual, bersama-sama ke majlis ilmu, ada teman ketika sakit pening dan sebagainya.

Teringat cerita Ustaz Dr Izhar Ariff, neneknya yang berusia 89 tahun berkahwin lagi dengan suaminya, bekas professor UKM  yang berusia 60 tahun. Hehe kelakar bila teringat cerita ustaz. Betapa dia terperanjat bila jumpa datuk barunya itu, sebab pernah mengajar 1 universiti kan? Hihihi….

Tips Rumahtangga Bahagia

Rumahtangga yang bahagia bermula seawal dari kita memilih pasangan hidup yang bagaimana.
Ada 4 kriteria kan?

 “Dinikahi perempun itu dari 4 sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilih dan menangkanlah yang punya agama nescaya akan beruntunglah kamu”
 [HR Bukhari – 4802, Muslim- 1466]

Maka pilihlah kerana agama.

Menurut Imam Ghazali, kita disarankan supaya mendidik anak-anak kita tentang criteria memilih calon pasangan hidupnya seawal 10 tahun sebelum tiba saatnya untuk mereka berumahtangga. Sampai begitu sekali kan, demi menjamin kerukunan rumahntangga.
 
Apapun, sebenarnya kebahagiaan rumahtangga itu secara asasnya bila setiap ahli keluarga itu tahu dan jalankan fungsi masing-masing dalam keluarga.

Suami ➟ tunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah..
Isteri ➟ tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu..
Anak ➟ jalankan tanggungjawab sebagi seorang anak. 

Bila masing-masing dah tunaikan tanggungjawab masing-masing, secara automatiknya akan terwujudlah rumahtangga yang dirahmati Allah.


Peranan Suami & Ayah
  • Mengetahui dan melaksanakan peranan, hak dan tanggungjawab sebagai suami dan ayah ke atas isteri, anak-anak serta orang yang di bawah jagaannya.
  • Mampu memimpin pembentukan matlamat keluarga
  • Mampu mengimami solat dan membentuk akhlak ahli keluarga
  •  Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman
  •  Menjadikan rumah sebgai kawasan yang selamat untuk ahli keluarga
  • Memastikan sumber rezeki yang halal
  • Memberi nafkah yang secukupnya kepada seluruh ahli keluarga mengikut kemampuan
  • Bersikap adil kepada setiap ahli keluarga
  •  Menitikberatkan ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-anak
  • Memberi dan mempamerkan kasih saying dan menghormati isteri dan anak-anak
  •  Sentiasa bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga dan berusaha menolong mengatasinya
  • Menghormati kedua ibu bapa mertua serta ahli keluarga isteri dan menjalin hubungan mesra
  • Memberi kerjasama dan membantu isteri dan anak-anak dalam urusan rumahtangga dan kehidupan
  • Tidak mendera isteri


Peranan Isteri dan Ibu
  •  Mengetahui peranan, hak dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
  • Melaksanakan peranan dan tanggungjawab ke atas mereka yang berhak
  • Patuh, taat dan menghormati suami selama mana tidak bertentangan dengan syariat
  • Bertindak sebagai pengurus rumahtangga dan membantu suami dalam urusan rumahtangga dan membantu suami dalam urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak
  • Sentiasa memberikan kerjasama kepada suami dalam urusan rumahtangga
  • Bertanggungjawab menjaga harta dan maruah suami terutamanya ketika ketiadaan suami
  • Menghormati kedua ibu bapa dan mertua
  •  Menghormati keluarga suami dan menjalin hubungan mesra
  • Penyayang terhadap anak-anak dan mengamalkan komunikasi yang baik
  • Mengimbangi antara aktiviti luar rumah keperluan keluarga
  • Menjaga maruah diri dan keluarga terutamanya apabila berurusan di luar rumah
  • Menanamkan sifat kepatuhan anak-anak terhadap ibu bapa


 Peranan Anak-anak
  •  Mengetahui peranan, hak dan tanggungjawab
  • Mentaati ibu bapa selama mana tidak bercanggah dengan syariat
  • Sentiasa menghormati ibu bapa dan menjaga adab-adab bersama mereka
  • Saling hormat menghormati dan berkasih saying sesama adik beradik
  •  Sentiasa berdoa untuk ibu bapa sama ada masih hidup atau sudah meninggal
  • Bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua atau uzur
  • Cakna terhadap perkembangan adik beradik
  •  Mempunyai semangat belajar yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
  •  Sentiasa bekerjasama dalam urusan keluarga


Syukur saya merupakan seorang yang bekerja dari rumah, Work At Home Mother (WAHM). Masa kerja yang flexible, juga tempat kerja yan g flexible.. Nama je "At Home", tapi "at mana-mana" pun boleh, asalkan ada talian internet maka ON je bisnes.. Hehehe.. Alhamdulillah, rezeki bersama Shaklee kan? Dengan kerjaya yang sebegini, membolehkan saya untuk ke mana-mana, tanpa risaukan bisnes tak jalan ke apa ke.. Dan dengan kerjaya yg sebegini, maka saya berpeluang untuk hadir ke majlis ilmu pada hari ini.. Alhamdulillah..

Anda ingin turut bersama kami, membina kerjaya bersama Shaklee?

Cuma RM75 sahaja diperlukan untuk jadi ahli Shaklee, dimana lepas jadi ahli dah boleh terus mula bisnes dah.. Tak payah nak buat loan beribu.. Caranya bagaimana? Alhamdulillah kami mempunyai support group yang kuat, yang sentiasa membimbing kami dalam perniagaan Shaklee ni, setiap hari. Sekiranya anda mendaftar bersama saya, anda juga layak untuk masuk ke dalam grup eksklusif tersebut. Sekiranya mendaftar dengan orang lain, maaf tak bolehlah.
Sebab grup ini betul-betul eksklusif ;-)

Nak jadi ahli Shaklee?




Boleh call saya sekarang..   
iR Efie Muhamad 

ID Shaklee: 869620

019-9890707

You Might Also Like

0 comments