Wajibkah Minum Air Gula Semasa Hamil?

  • Wednesday, October 15, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Bagi saya la kan, minum air gula masa hamil ni memang tak best.. huhuhu.. tapi best tak best pun memang kena hadap jugak.. takleh nak lari dah.. ibu-ibu lain pun rasanya begitu, mesti saat kena minum air gula tu adalah saat paling tak menyeronokkan semasa hamil..kan?



Sebab apa kena minum air gula?



Biasanya tak semua la setau saya yang kena minum air gula.. kalo checkup kat klinik government mungkin strict sikit, tapi kalo kat private rasanya lebih longgar.. 

Selalunya yang kena minum air gula ni adalah ibu-ibu yang berisiko..

Jom kita cek bagaimanakah ibu-ibu yang dikatakan berisiko itu..

 

~》 mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mempunyai kencing manis (misalnya ibu bapa)
~》 ibu yang obes atau berat badan melebihi 80kg
~》 ibu yang mempunyai sejarah komplikasi terdahulu seperti kematian bayi dalam rahim, keguguran berulangkali atau mempunyai bayi cacat kongenital
~》 ibu yang sering mendapat jangkitan kuman dalam urin, atau jangkitan pada vagina
~》 sering mempunyai gula dalam air kencing semasa pemetiksaan antenatal

Untuk kesan penyakit ini, harus menjalani ujian darah yg dinamakan 'modified glucose tolerance test'.
Ibu-ibu dikehendaki berpuasa dari 10 malam, ambil darah pada pukul 8 pagi, diberi minum air glukos dan darah akan diperiksa sekali lagi selepas 2 jam..


Sekiranya didapati mempunyai kencing manis, doktor akan menjalankan beberapa ujian lagi yg dipanggil profil gula dalam darah (BSP - blood sugar profile)

Daripada ujian ini doktor akan memberi arahan samada perlu mengawal pemakanan sahaja atau terpaksa menggunakan insulin.

Jangan pandang ringan ya terhadap kencing manis semasa hamil ni.. sebab banyak komplikasi-komplikasi yang tidak diingini boleh berlaku, sekiranya kencing manis yang dihidapi tidak dikawal dengan baik..

Risiko Kencing Manis Semasa Hamil

 

~》 kemungkinan berlaku keguguran adalah tinggi
~》 kemungkinan berlaku kecacatan kongenital terutama jika kencing manis berlaku dalam 3 bulan pertama
~》 kelahiran pramatang
~》 bayi terlalu besar
~》 bayi senang lemas terutama apabila menghampiri tempoh due
~》 polyhydramnios - air ketuban berlebihan dalam rahim



Biasanya, ibu-ibu yg berisiko dikehendaki melahirkan ketika kandungan minggu ke 38 (induce)
Apapun, kebiasaannya selepas bersalin, kandungan gula akan kembali normal. 

Selepas 6 minggu, ibu-ibu harus menjalani semula ujian MGTT untuk memastikan samada kencing manis yang dihidapi berterusan atau tidak.

Suplemen Shaklee Untuk Mengawal Kencing Manis Semasa Hamil

 


 
B-COMPLEX
✒ Penting dalam metabolisma gula & pembebasan tenaga kepada sel badan
✒ Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi
 
VITALEA
✒ Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
✒ Membekalkan 19 vitamin & mineral bagi memyokong tumbesaran bayi dan membantu kesihatan ibu hamil
  
OSTEMATRIX
✒ Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium merupakan antara punca kencing manis)
✒ Membekalkan 100% kalsium harian yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi dan menyokong tulang ibu
✒ Sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D dapat membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
 
Boleh baca lebih lanjut pada artikel ini.. Kencing Manis Semasa Hamil 

Nak order set ini?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7dcb383d6623119ecdde0537f3a7f974

 Atau boleh hubungi saya di sini...
 
 


You Might Also Like

0 comments