Sunday, 12 October 2014

Resepi Nugget Buat Sendiri (Homemade Semestinya!)

Dulu-dulu, suka sangat makan nugget. Memang selalu beli. Kalo tak beli yang cucuk-cucuk jual tepi jalan tu, mesti beli yang kat supermarket pastu balik goreng kat rumah. Heaven! Sambil-sambil tengok tv minum teh petang-petang kan...

Tapi, semenjak-menjak agak prihatin dengan nilai kesihatan diri, makin kurang dah beli benda-benda yang tak berapa bagus macam tu. Insaffff.... huhuhu...

Rasa kehilangan, sebab kita suka makan kan. Tapi terpaksa berkorban, kesihatan bukan nilainya seringgit dua.. Mahal wooooo... Tak sanggup korbankan kesihatan demi kesedapan yang sebentar cuma.. Chewahhhh... hahahah...

Lepas tu, baru je 3 hari lepas terbukak hati nak cuba buat sendiri. Bila buat, terus ngappp panas-panas.. Tak sabar.. Muahahahaa... Guess what??? Wahhhhhh sedapnya... Betul ke aku yang buat ni... Hahahhaah...



Ada member cakap, takde rupa nugget pun.. Rupa macam goreng pisang ada laaa... heheheh... Mungkin sebab bread crumb tu kot.. Jenis bread crumb yang besar sikit, so jadi macam goreng pisang ahahaha... Pedulikan.. Yang penting rasa sedap hokayyy...

Cmane nak buat? Senang saaaaaangat.. Tak sangka pun sesenang ni rupanya nak buat nugget.. Jom, saya share resepi kat sini...


Resepi Home-made Chicken Nugget


Bahan-bahan

  • Isi ayam (ikut suka nak banyak mana pun, biasa untuk sekali makan guna 2 ketul dada ayam pun dah cukup sangat dah)
  • Garam
  • White pepper
  • Serbuk oregano
  • Telur sebiji
  • Bread crumbs

Cara-cara

➳ Potong isi ayam kecik-kecik. 
➳ Tabur garam, white pepper dan serbuk oregano (sikit-sikit je semua tu jangan banyak)
➳ Masukkan dalam blender dan blend halus (jangan masuk air)
➳ Bentukkan doh nugget
➳ Golekkan dalam telur yang dah dipukul
➳ Golekkan lagi atas bread crumb
➳ Goreng sehingga kuning kekuningan (api tak perlu kuat sangat)

Taraaaaaa! Dah siap!!

Senang kan?

Selamat Mencuba dan Menjamu Selera ☺


 Oh ya, nak order Shaklee boleh call ai ok (✿◠‿◠)
 
Pengedar Shaklee Terbaik untuk anda...


 


2 comments:

  1. Boleh campur sekali sayur-sayuran untuk lebih khasiat. Tapi pelik saya, akak tak masukkan mealshakes, esp & segala mak nenek tu ke? SID kan suke menda-menda gitu... tak kuasa i

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahaha....... sesetengah benda tak perlu nak masukkan kottttt....hihihi

      Delete