Nilai Sekeping Kertas Oren

  • Wednesday, October 15, 2014
  • By efie muhamad
  • 2 Comments

Rasanya 2 tahun lepas kot, saya join grup Rich Moms Poor Moms (closed group) kat fb.. grup ni dipelopori oleh Kak Cery (mamafaiz.com), dan terbuka untuk semua. Basically, grup ni bertujuan untuk membentuk ibu-ibu muda supaya celik perihal kewangan..

Dalam grup ni la saya belajar tentang menabung.. menabung bukan sebarang menabung, tapi menabung nilai RM yang sama.. contohnya RM1 ke, RM5 ke, RM10 ke dan seterusnya.. contoh nya, bila kita pilih untuk menabung RM5, maka bila ada wang kertas yang bernilai RM5 dalam purse kita, maka asingkan siap-siap.. jangan guna..

Tapi, masa tu tak terus apply pun.. hehehe.. 
(kalo apply dari 2 tahun lepas, dah beribu-ribu lemon gamaknya duit simpananku huhu)
Sayang kan, ilmu bila tak digunakan akan tak bermakna la kan.. sia2 je.. berkarat.. takde makna..

Maka, baru dalam 4 5 bulan lepas kot, saya mula apply konsep ni.. nilai yang saya pilih 
si kertas oren..

Apa tu?

Haaaa betul... Wang kertas RM20..



Bila dapat je RM20, especially duit baki yang kita dapat bila pecahkan duit RM50, maka duit RM20 ni takleh guna dah.. simpan siap-siap dalam envelope khas yang ada dalam purse jugak.. bukan saya je, encik suami pun saya paksa jugak.. haha.. pesan siap-siap kat dia, dapat duit RM20 jangan guna.. simpan bagi saya.. hehe..

By end of the month, biasanya collection yang saya dapat sekitar RM200 sehingga RM300.. Boleh la kan...

Apa yang saya buat dengan duit ni?


Haaa duit ni saya hadiahkan untuk anak-anak.. masukkan dalam akaun tabung haji diorang.. bahagi sama banyak.. katalah bulan tu dapat RM300, maka Ammar dapat RM150, Ajlaa' pun dapat RM150.. adil.. hehe..

Seronok bila buat macam ni.. sebab dapat menabung untuk diorang.. kalo tak, hmmmm memang memanjang je duit habis tak sempat masuk dalam akaun diorang..

Korang nak cuba?

Cubalah! (>‿◠)✌

Dan rasai keseronokan membilang kepingan si kertas oren tu setiap akhir bulan..≧◔◡◔≦

Jangan lupa, saya merupakan Pengedar Sah Shaklee..
Nak Shaklee, roger je saya...

Efie Muhamad
019-9890707

You Might Also Like

2 comments

  1. Betul tu. Salah satu cara untuk kaya ialah simpan duit, dan lupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul betul betul... save n forget..

      Delete