Saturday, 25 October 2014

Resepi Nasi Hujan Panas Yang Simple Dan Sedap!

Semalam hari cuti sambutan Maal Hijrah. Setahun lagi dah berlalu, kini kita dahpun masuk ke tahun 1436 Hijrah.Setiap hari yang berlalu, memaksudkan usia semakin meningkat, baki usia semakin berkurangan. Bila-bila masa, kita akan dijemput pulang. Maka bersedialah setiap ketika...

Sekian tazkirah ringkas, untuk peringatan bersama....

Sebenarnya, artikel ni nak share resepi sebenarnya... heheh... resepi yang saya buat semalam, bersempena hari cuti Maal Hijrah.. anak-anak saya suka makan ni...

Nasi Hujan Panas

Yummehhhh....


Bahan-bahan

✓ Beras Basmathi
✓ Halia
✓ Bawang Merah
✓ Bawang Putih
✓ Bunga Cengkih
✓ Minyak Sapi
✓ Pewarna

Basuh beras sebersihnya, dan masukkan air secukupnya.
Mayang halia, bawang merah, bawang putih  ➳ tumiskan bersama minyak sapi dan bunga cengkih.
Kemudian masukkan ke dalam beras yang tengah dimasak tadi.
Bila nasi hampir masak (dah kering air), titikkan pewarna ke atas nasi tadi. 
Biasanya saya guna 3 warna ➳ merah, kuning dan hijau. Gaulkan sampai rata.
Dahpun siap (ɔ◔‿◔)ɔ ♥

Lauk

Biasanya ramai yang makan nasi ni dengan dalca daging, ayam masak merah dan acar timun. Tapi saya biasanya kalo nak makan 4 beranak ni je, saya tak buat pun dalca daging tu. Cukup dengan ayam masak merah dan acar timun je. Tapi kalo nak masak untuk jemputan yang datang rumah, kenalah buat dalca tu jugak.

Resepi Ayam Masak Merah

  • Seekor ayam dipotong kecik-kecik
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia 2cm
  • Cili kering 7 tangkai
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Gula & garam secukup rasa
  • Cili merah sebagai hiasan


1. Goreng ayam jangan garing sangat, dan ketepikan
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan cili kering. Tumiskan dengan minyak secukupnya.
3. Bila bahan tumisan dah cukup masak (pecah minyak), masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air.
4. Masukkan ayam
5. Masukkan hirisan cili merah dan bawang besar sebagai hiasan
6. Siappppp

Gambar hiasan dari google


Resepi Acar Timun

2 batang timun
1/2 batang lobak merah
3 biji bawang merah
1 tangkai cili merah
Cuka
Gula
 
1. Kacau gula dan cuka biar sebati
2. Masukkan bawang dan cili yang dah dimayang
3. Masukkan timun yang dah dipotong, dan lobak merah yang dah diparut
4. Siapppp

Gambar hiasan dari google
 Selamat mencuba (̶◉͛‿◉̶)

***************************************************

Nak order Shaklee?

Boleh roger saya...

Efie Muhamad
019-9890707




1 comment: