Percutian Sehari di Tok Aman Bali Beach Resort

  • Friday, October 28, 2016
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sebenarnya, Tok Aman Bali Beach Resort ni, dekat sahaja dengan rumah kami. Kira-kira setengah jam perjalanan je pun. So, kalo diikutkan, buat apalah nak buang duit pergi dok hotel bagai kan.. Hehehehe...

Ini sebenarnya dipanggil staycation. Kita tinggalkan sebentar havoc di rumah (timbunan kain yang menggunung, mainan anak yang bersepah dan sebagainya hahahaha). Bukan nak lari dari benda2 tu, cuma perlukan suasana yang fresh untuk jana idea yang fresh.. So, balik rumah nanti dalam keadaan fresh... Tak gittewww? Hehehehe...

Tambahan pulak, anak2 baru je lepas exam. So kira reward 2 in 1 lah.. Reward kat anak yang baru lepas exam, dan jugak refresh untuk umi abi generate idea2 baru. Umi dalam bisnes umi, abi dalam bidang valuation beliau.. 😍


Tok Aman Bali Beach Resort


Lepas je amek Ammar dari sekolah pukul 3++ tu, terus kami bertolak ke Tok Bali. Pukul 4++ dah pun sampai. Ammar still pakai baju sekolah lagi.. 😂😂😂




Ni bilik kami. Ada 2 katil single..
Booking haritu guna Agoda dapat RM173 termasuk tax. Kalo walk in biasanya lebih mahal.. RM250++ jugaklah kot...


Bilik kat sini agak luas. Lengkap dengan segala kemudahan seperti sofa, bathtub, meja kerja, lepas tu ada balkoni yang siap dengan kerusi meja jugaklah. View dari balkoni ni mengadap tasik. So memang cantik sangatlah..

Pendek kata, memang selesa sangatlah bagi kami 5 beranak.😁😁😁

Sampai-sampai je hotel, macam biasalah anak-anak yang memang hantu kolam, terus tukar baju mandi. Berendamlah deme kat kolam tu sampai la dah dekat pukul 7 baru lah naik bilik. Kat bilik, sambung pulak berendam dalam bath-tub.. Hmmm memang hantu kolam sungguh hahaha..

Lepas Maghrib, kami keluar cari makan. Ada 1 kedai ikan bakar yang memang femeslah kat sini. Kedai ni berhampiran dengan jambatan Kuala Besut. So, memang kami aim kedai ni lah, tak carik lain dah hahaha...





Gambar ihsan Google ya. Perut lapar tak sempat dah nak snap gambar hahahah... Sebenarnya dah beberapa kali jugak kami makan kat kedai ni. memang sedaplah. Dia punya sotong celup tepung tu krup krap rangup betul. Dulu RM8 sepinggan, ni dah naik RM10. Tapi still ok lagi, banyak... Setakat untuk 2-3 orang makan tu boleh sangat lah..

Lepas tu, kami singgah PKT (pasaraya). Ingat nak carik biskut sikit. Untuk anak2 kudap2 kat bilik kalo diorang lapar.

Abi kata..

"Kat rumah pegi PKT.. Datang sini pun PKT jugakkkk"

Ahahhahah.. Maklumlah kalo kat umah saya kat Pasir Tumboh tu, PKT memang tempat saya shopping barang dapur segala. Harga kat sini memang murahlah compared to pasaraya2 lain.. Hehehheeh...

Esok pagi, lepas sarapan, anak-anak macam biasalah masuk kolam lagi.. Memang hantu kolam katakan... Sampailah dah dekat pukul 12 lepas pujuk baru lah nak naik bilik. Ya lah, pukul 12 dah nak check out dah.. 3 jam berendam, sampai habis sunburn muka diorang.. Baru sedar diri nangis2 cakap kulit muka pedih.. Memang merah2 jugaklah muka diorang huhuhu.. Sendiri carik pasal kan, tak payah nak nangis hahahah.. Garang umi diorang ni..

Garang2 pun, umi sapukanlah jugak diorang Herbal Blend Multipurpose Shaklee tu kat kulit muka diorang. Alhamdulillah beberapa jam selepas tu nampak ok dah...


Kemudahan Yang Terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort



Akses Internet

❤ Wi-Fi di tempat awam

❤ Wi-Fi percuma semua bilik


Pengangkutan

❤ khidmat shuttle

❤ sewa basikal

❤ tempat letak kereta


Kecergasan & rekreasi

❤ bilik permainan


Aktiviti Menarik, Cara untuk Bersantai

  • ❤ bilik wap
  • ❤ Kolam renang [terbuka]
  • ❤ memancing
  • ❤ pantai peribadi
  • ❤ pusat kecergasan
  • ❤ sauna
  • ❤ spa
  • ❤ tab panas
  • ❤ taman

Makan, Minum, Makanan Ringan

❤ air botol percuma

❤ kedai kopi

❤ Restoran

❤ peti ais

Perkhidmatan dan Kemudahan

❤  Kedai

❤ penjaga pintu

❤ perpustakaan

❤ peti deposit keselamatan

❤ simpanan bagasi


Untuk Kanak-Kanak

❤ kelab kanak-kanak

❤ Kolam renang [kanak-kanak]

❤ Taman permainan


Akses

❤ fasiliti tetamu kurang upaya






Cafe tempat kami breakfast.. Lakeview ;-)













Overall, memang seronoklah tempat ni.. Highly recommended!

Insya Allah, panjang umur murah rezeki kami akan datang lagi ;-)






You Might Also Like

0 comments