3 Tips Mudah Untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
- Sunday, October 30, 2016
- By efie muhamad
- 0 Comments
Semasa arwah mak masih ada dulu, saya kerap menemani beliau untuk temujanji di klinik kesihatan yang berhampiran rumah. Mak ada tekanan darah tinggi, kencing manis tapi kedua2 penyakit ini terkawal dengan pengambilan ubat setiap hari.
Masa kat klinik, saya perasan rata-rata pesakit yang hadir untuk temujanji ni mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Saya terfikir, apa agaknya punca yang menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menghidapi tekanan darah tinggi.
Saya percaya, faktor genetik ataupun keturunan hanya menyumbang peratusan yang kecil sahaja dalam penyakit ini. Yang lebih utama adalah, faktor gaya hidup kita yang tak sihat.
Perlu untuk kita melakukan pemeriksaan secara berkala. Cek tekanan darah, cek kadar gula dalam darah, cek kadar kolestrol dan sebagainya. Ini semua merupakan pembunuh senyap, yang kita tak sedar pun sebenarnya ianya dah membara dalam tubuh kita. Ia bagaikan bom jangka, yang terus meletup dan masanya mungkin dah terlewat pada ketika itu.
3 Tips Untuk Kurangkan Tekanan Darah
Ubah Cara Hidup
Kalau sebelum ni, makan tak pantang. Apa yang lalu, semua sebat je kan. So, seiring dengan usia meningkat ni, eloklah jika kita mula dengan mengawal corak pemakan harian kita. Kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi, lebihkan fiber dan serat dalam diet harian kita. Kalo sebelum ni, selalu sangat dok makan roti canai teh tarik setiap hari kan, so apa kata kita cuba kurangkan.
Jika sebelum ni, malam2 asyik berjaga (layan movie @ lepak kedai mamak @ tengok bola) atau apa2apa jelah, seeloknya kita kurangkan. Cuba untuk tidur awal. Sebab, tidur lewat ni sangat tak bagus untuk kesihatan.
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Senaman sangat penting untuk kita lakukan secara konsisten. Jangan hangat-hangat tahi ayam je kan.. Heheheheh.. Lakukan senaman ringkas selama 30 minit setiap hari. Kalo takde masa sangat sekalipun, keluar kerja awal pagi balik rumah dah tengah malam, cuba jugak cari peluang untuk keluarkan peluh kat tempat kerja. Contohnya, parking kereta jauh dari ofis, dan berjalan kakilah ke ofis.. Selamat mencuba ☺
Ambil Suplemen Yang Selamat
Antara vitamin yang bagus untuk kurangkan tekanan darah ialah OmegaGuard, Garlic, Phytocol ST, Lecithin dan B-Complex. Ambillah secara konsisten, diikuti dengan amalkan gaya hidup yang sihat, insya Allah tekanan darah akan turun secara normal.
Kat bawah ni perkongsian dari sahabat saya, Encik Fahmy Suhaimi yang telah berjaya menurunkan tekanan darah dan kolestrol beliau ke tahap yang normal. Bukan itu sahaja, beliau bahkan berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 17kg hanya dalam masa 3 bulan sahaja.
Seronok kan, kalo dapat jadi macam beliau ni. Insya Allah, kita semua pasti boleh. Yang penting, hati kena kuat beb.. hehehe....
Untuk order Set Tekanan Darah Tinggi ni, boleh klik je button kat bawah ya..
Ataupun, boleh juga order melalui saya..
Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
Efie Muhamad 019-9890707
Efie Muhamad (facebook)
0 comments