Wednesday, 18 January 2017

Rumah: Nak Beli Ke Nak Sewa?

Nak beli ke nak sewa rumah?
Nak sewa ke nak beli rumah?
.
Hmmmm...
.
Selalu kan kita dok pikir macam ni, antara nak beli ke nak sewa rumah...
.
Dulu-dulu, saya berpendapat beli je lah rumah tak rugi punnnn.. Aset tuuuu...
.
Tapi, ye ke aset?
Bukan ke aset ni adalah benda yang boleh mendatangkan hasil kat kita.. Beli rumah ni, walaupun kita rasa ianya adalah rumah kita hakikatnya rumah bank kot, nak kena bayar setiap bulan.. Macam dah jadi liabiliti pulak la ya?
.
Hmmmmm lagi...
.
Nampaknya kena beli secara cash la kot kan? Mustahil?
Tak mustahil kot.. Ada duit, bolehlah dapatkan rumah secara cash... Abang dan kakak saya dahpun buktikan...
.
Ataupun dapatkan duit dari sumber yang lain, untuk biayai hutang rumah yang kita duduk ni..
.
Ok, macamana nak buat tu?
.
Ada satu tips yang saya pernah baca..
.
Tak salah beli rumah, tapi pastikan rumah pertama yang kita beli tu bukan untuk kita duduk. Tapi kita sewakan je...
.
Contohnya macam ni..
.
Rumah pertama yang kita beli tu, kita sewakan dengan harga RM1500. Katalah, kita bayar bulan2 kat bank untuk rumah pertama tu RM750. So, balance RM750 lagi tu, kita boleh gunakan untuk biayai rumah kedua yang kita nak beli dan duduk rumah tu. Faham kan?
.
Tapi tu lah..
Bila sewakan rumah ni, banyak jugak isu yang nak kena consider..
Bab penyewanya, bab harganya, bab maintainance nya, bab macam2 lagi lah.. Hmmmm...
Kalo dapat penyewa yang bagus, yang jaga rumah kita sebaiknya, yang sentiasa bayar on time tu ok la jugak kan..
.
Hmmmmm lagi dan lagi hehehehe..
.
Apapun, terpulanglah pada consideration masing2..
Kita yang nak hadap kan..
Bab tips ni macam2..
Ada orang cakap gitu, ada orang cakap gini..
Ada orang cakap sebaiknya begitu, ada orang cakap sebaiknya begini..
.
Kita take into consideration all those tips, then buatlah decision wisely..
Yang penting, berbincang betul2 dulu laki bini ok? 

Selamat menikmati rumah idaman anda ;-)



*******************************************************************************************************************************




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707



Efie Muhamad (facebook)



 ;-)

No comments:

Post a Comment