Sunday, 15 January 2017

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Bisnes Saya

Saya dah pernah cerita, tentang kisah bagaimana saya terjebak dalam perniagaan Shaklee kan?
Saya dah cerita kan kisah saya sikit sebanyak kat korang, apa yang saya lakukan dalam masa 10 tahun lepas grad ni..
Kalo ada yang masih belum baca, boleh baca cerita tersebut di sini..


Bagaimana Saya Boleh Terjebak Dalam Shaklee







Kenapa saya pilih Shaklee, bukan kembali kerja dengan abang ipar saya lepas tutup kedai? 
Bukan syok ke travel merata.. 

Ya, memang syokkkk sangat.. Travel merata, duit poket tak pernah kurang.. Memang mewah la.. Time rakan sebaya takde kereta rumah lagi, saya dah ada semua tu...

Tapi tu lah, bila dah start ada anak ni, anak jadi first priority saya.. Rasa nakkkk sangat anak depan mata je.. Taknak hati gundah gulana pikirkan kat mana nak hantar anak, cmane anak kat rumah pengasuh@nursery ok ke tak, nak tinggal anak berhari2 if needed to go outstation boleh ke saya.. Ishhhh rasa macam tak sanggup je.. Tu saya lah,#saiataakuad heheheh.. Ada orang ok je kan, saya tau.. So go on je.. Saya memang respek!
So, di sinilah jawapannya kenapa Shaklee jadi pilihan saya..

Sebab, saya boleh jana pendapatan dalam masa yang sama iaitu nak jaga sendiri anak kat rumah, boleh saya capai..



Kenapa Shaklee BEST?


1. Tak perlukan modal yang besar pun untuk bermula. Cukup dengan hanya daftar jadi ahli, dan boleh terus berniaga dah. Usaha kuat-kuat, secara konsisten then u'll succeed insya Allah.. Masa saya ada kedai dulu, saya pernah diajak untuk join 1 MLM yang memerlukan 20k sebagai permulaan untuk berniaga.. Fuhhhh memang tak sanggup la kan.. Pening kepala gua nanti nak bayar loan bulan2.. Dahlah tengah pening dengan overhead kedai yang dah beribu2 tu...

2.  Saya direzekikan dapat kumpulan Shaklee yang best! Pernah dengar nama iReach tak? Haaa ni lah grup Shaklee saya.. Seronok tau buat Shaklee bila kita berada dalam grup yang betul.. Sentiasa ada sokongan dari depan belakang kiri kanan.. everyone is supporting each other, walau hakikatnya takde kena mengena pun dengan kita. tapi, we are more like in one big family.. Ha tau la kan kalo dah nama family ni memang bestlah! Kalo buat Shaklee sorang2 tu, mungkin tak berapa syok lah hehehehe.. So, kalo korang baru nak bermula dengan Shaklee, pastikan dapat grup yang best ya hehehh... Meh join iReach bersama saya je senang hihii...



Celebration iReach Superstar + Jamuan Hari Raya


3. Kekuatan rohani.. ya yang ni memang saya sangat sedih dan terharu bila dalam Shaklee ni. Sob sob sob... Kita pernah dengar kan, tips untuk memilih kawan yg baik adalah dengan cara memilih kawan yg mendorong kita ke arah lebih mendekatkan diri pada Allah.. Kalo gitu sifat kawan kita tu, insya Allah itu memang sahabat yg baik utk kita.. Macam tu lah saya dalam Shaklee ni.. Kami sentiasa remind each other utk solat awal waktu, mengaji setiap hari, zikir etc.. Bila rasa jatuh, kekuatan rohani inilah yang naikkan semangat kami balik..

4. Dapat duit - ofkoslah bila kita berniaga, dapatlah pendapatan kan. Dan pendapatan dalam Shaklee ni bukan fix tau, bukan macam gaji yang memang dah tetap setiap bulan.. Tapi, pendapatan kami berdasarkan usaha kami, banyak usaha banyak la hasil.. jangan tak tau, ramai je pengedar Shaklee yang berpendapatan 5 angka sebulan.. 6 angka pun ada tau!

5. Dapat travel - setiap tahun kami berpeluang untuk melancong.. macam untuk cycle ni, trip Shaklee adalah ke US @ Umrah @ Langkawi.. Trip Shaklee ni pulak bukan cikai2 je, tapi memang 6 Star trip.. kalo nak gi sendiri dengan trip macam tu, fuhhhh pikir beratus kali pun rasanya tak pegi kot hahahahah... saya laaaa... 



Umrah Ziarah Jordan - Ni Hotel Movenpick, pesisir Laut Mati.
Hotel para delegasi Shaklee menginap semasa ziarah Jordan.

6. Flexible & automated business - masa yang fleksibel, boleh bisnes di mana2 hatta kita atas katil hospital tengah sakit sekalipun, still boleh berniaga.. Ingat lagi tahun lepas, tengah melayan sakit contraction nak bersalinkan Asyfa, tapi sempat consult kak Nur Zaheira yang tengah berura2 nak jadi ahli Shaklee heheheh... haaa mana nak cari bisnes yg macam ni kan? hehehh...

7. Bisnes yang boleh diwariskan - ya, bisnes Shaklee boleh diwariskan ke anak-anak saya si AQs itu. Diorang hanya perlu menyambung apa yang saya dah mulakan, tak perlu pun untuk mulakan dari awal sekali lagi. Ini salah satu cara saya untuk membantu kehidupan diorang bila dah besar nanti.. time kita sekarang pun dah punyalaaa survive utk kehidupan kan, zaman anak2 esok taktaulah macamana.. so, sebab tu kita kena sediakan payung sebelum hujan.. Nak harapkan kerajaan? Hmmm paham2 sendiri sudahhhh...

Ok lah, cukup kot 7 sebab ni, sebagai punca kenapa saya pilih Shaklee, bukan bisnes2 yang lain.. Hihihi..

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jumpa lagi next article ;-)





Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

2 comments:

  1. Mak aih..sampai 20K untuk join MLM? Patutnya MLM ni lebih mudah dan simple sebab kat mana-mana pun kita ada network.

    Alhamdulillah jumpa Shaklee,dan jumpa group yang betul. Takde lah stok simpan bawah katil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takleh nak imagine kalo join haritu.. mesti stress sampai sekarang dok kena bayar loan bank huhuhuh.. nasib baik jumpa Shaklee, nak start bisnes RM80 je.. tak payah berhutang..

      Delete