Hari yang Menggembirakan ~ Thank you Abi!

  • Saturday, June 16, 2012
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hari ini hari yang sangat gembira dalam hidup saya, juga kami sekeluarga.

Malam tadi kami 3 beranak bermalam di rumah MIL, menantikan abi yang pulang dari KL dengan bas, dan akan turun right here depan umah MIL. So, Abi sampai awal subuh. Dalam pukul 8, kami bertolak pulang ke rumah kami di Pasir Tumboh.

Sampai kat umah, siap2 mandi dan sarapan, kami ke kedai kami, Mom 2 Moms. Best, dapat pasang desktop baru, hadiah dari abi, untuk ofis umi kat kedai. Abi kesiankan umi, terpaksa angkut laptop setiap kali ke kedai, then bawak balik laptop ke rumah. Dahla laptop berat, dengan charger lagi,buku2 dan fail kerja. Tu tak termasuk anak dan kelengkapan anak2 lagi. Kesian umi kan.... heheheh...

Lepas dh setup komputer baru kat kedai, kami ke HUSM, melawat datuk saudara saya yang sakit ~ koma. Kena jangkitan kuman kat jantung, paru2 dan buah pinggang. Dah hampir seminggu warded, n abi masih belum melawat kerana baru je balik Kelantan.

Lepas tu kami ke tuisyen Al-Amin, untuk bayar yuran tuisyen BIL. Tuisyen Al-Amin ni kepunyaan abang kandung saya, so just pay for half fees. Best2...hehehe...Kitorang lunch kat sini, then solat Zuhur.

Kemudian, kami terus menuju ke Pengkalan Chepa, untuk menimba ilmu dari Kak Cery.. huhu...



Kelas bermula dari 2 petang, hinggalah 6 petang. Best2, baaaaanyak sangat ilmu yang ditimba, semangat yang dijana, ukhwah yang baru terbina, dan juga makanan potluck yang super sedap! heheheh....thanx all!!!
Tapi yang kesiannya dekat abi la, terpaksa meladeni anak2 semasa umi dalam kelas. Anak2 pulak memang dah letih, n dah tiba masa diorang tido dah sebenarnya. So, apalagi, dua2 mengamukla. Asyik nak menangis je..huhu..Dahla kalomenangis tu, memang high volume terus, meraung melalak lagi..hehehe...terpaksa la abi bawak diorang naik kete, pusing2 kawasan perumahan tu, sampai diorang tertidur dala kereta. huhu...

Dah habis kelas, kami solat Asar di sebuah masjid berdekatan. Lepas je solat, terus kami ke Taman Tengku Anis, bawak anak2 beriadhah. Diorang memang happy sangat2, dan orang pun sangat la ramai. Maklumla hari minggu. Dalam sejam kami di situ, hari dah makin petang, orang ramai pun dah beransur pulang, sikit demi sedikit. Kami juga beransur, walaupun anak2 masih enggan...

Kat depan taman tu, ada Tutti Fruitti yang baru dibuka. Memandangkan kami yang agak jakun ni, tak pernah lagi masuk Tutti Fruitti, so dengan rasa ingin mencuba, kami pun singgah ke sana. Mak oiiii, punyala banyak kami amek dalam 1 cup tu, sampai kena caj rm30++ hengget!!! heheheh...xpe2, sekali sekala memanjakan diri dan anak2....huhu

Lepas je Tutti Fruitti, kami ke Mydin untuk membeli kelengkapan rumah yang dah habis. Solat Maghrib di sini, dan shopping lebih kurang terus kami berangkat pulang. Abi sempat beli roti nan favourite kat Kubang Kerian, then kami terus balik rumah.Sampai rumah, dengan tingkap tak bertutup (ada tingkap yang kami sengaja buka belah siang even xde kt umah sebab x plan untuk pulang selewat ni sebenarnya...heheh), kawasan rumah yang gelap gulita...Sib baik xde pencuri masuk..heheh...
Alhamdulillah...

Kami dinner, mandi, tidurkan anak dan saya terus masuk SOHO saya kat umah ni, dengan semangat yang masih membara, recharged dari kak cery...

Thanx kak cery atas ilmu yang bermanfaat, juga buku yang dihadiahkan....
Thanx kawan2, atas ukhwah yang terbina...
Thanx abi, kerana menyokong, membantu dan membahagiakan kami sekeluarga.....


* Ketika entry ini dipost, datuk saudara saya telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta, pada jam 4.30 a.m. tadi...Al-Fatihah...




You Might Also Like

0 comments