Mungkin ramai yang sudah tahu, vitamin E sangat penting dalam mendapatkan kulit yang sihat dan anjal. Namun, adakah mereka juga tahu, Vitamin E ini mengandungi sangat banyak kebaikan yang lain.
Memandangkan ramai di antara kita merupakan ibu yang sedang menyusukan bayi, jadi kebaikan yang saya nak kongsi pada kali ini ialah bagaimana vitamin E ini menjadi vitamin yang penting bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E????
Mengelakkan anemia pada bayi
Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.
Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.
Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.
Vitamin E sebagai ‘first aid’
Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.
Hubungi saya dengan sms ke 019-9890707.
KONSULTANSI PERCUMA!!!
0 comments