Ajlaa' Qaisa: Anugerah Terindah Buat Kami

  • Monday, February 10, 2014
  • By efie muhamad
  • 2 Comments

Indah kan bila bergelar ibu bapa, tak kira samada buat pertama kali atau untuk ke sekian kalinya, perasaan menimang cahaya mata itu memang sangat indah... Dan hari ini, merupakan hari ulang tahun ke 3 kelahiran permata hati saya ini, anugerah terindah dari Allah buat kami..

Ajlaa' dilahirkan pada 10 Februari 2011, sebulan selepas abinya melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam. Sarat mengandungkan semasa ketiadaan abinya di sisi, bersama pula anak sulung Ammar Qayyum yang baru berusia setahun setengah pada ketika itu tidak pula membebankan saya. Mungkin juga disebabkan saya tinggal berhampiran dengan keluarga, dan masa abi mula sambung belajar tu mak mertua saya mintak saya pindah tinggal dengan beliau ketika itu. Hehe dia risau saya terberanak sorang diri kot...hahahaha....

Sehari sebelum melahirkan, saya masih aktif bergerak ke sana sini. Tugas saya yang ketika itu memerlukan saya bergerak ke sana sini, memandu ke sana sini langsung tidak memberikan masalah. Maghrib pada hari itu pun, saya masih lagi di jalanan. Hehehe Alhamdulillah Allah yang memudahkan.

Tengah malam tersebut saya mula mengalami contraction. Tapi sikit je sakitnya, dengan selang masa yang lama. Mungkin setengah jam sekali kot. Saya ni pulak, walaupun dah nak masuk anak ke 2, tapi tetap masih tak tau rasa contraction ni. Sebabnya masa Ammar dulu, saya di'induce' memandangkan tekanan darah agak tinggi dan jumlah air ketuban pula sangat sedikit. Jadi, sakit bila dipaksa bersalin dan sakit rasa nak bersalin secara semulajadi ni memang berbeza.

Menjelang pukul 5 pagi, rasa sakit tu makin kerap. Abi dalam perjalanan balik ke Kelantan dari KL dengan bas. Hari tu hari Khamis. Sepatutnya abi belum balik lagi la, tapi Allah yang Maha Baik mengatur segala-galanya dengan sungguh cantik. Kelas abi pada hari Khamis tu batal sebab semua pensyarah ada seminar kot kalau tak silaplah.. Saya mula call abi, kot2 dia tak terjaga. Bas tu memang melalui rumah kami, jadi tak perlu untuk dia turun kat stesen bas.

Alhamdulillah, abi sampai ke rumah tepat pada masanya. Kami solat Subuh, kemudian terus bersiap-siap untuk ke hospital. Sempat jugak sediakan air rendaman akar fatimah tu.. Hehehe... Dalam kereta, masih lagi boleh borak2 macam biasa dengan abi. Bila time contraction, mengerang kesakitan jap, pastu sambung borak lagi.. Heheh lucu betul. Abi siap offer nak singgah kedai untuk sarapan dulu lagi.. Hehe tapi ofkos lah saya tolak kan. Ada yang terberanak dalam kedai nanti..

Sampai ke hospital, sekitar pukul 7 pagi. Berjalan sendiri untuk pendaftaran kat Bahagian Kecemasan. Ingat lagi masa tu, bila time contraction je, berhenti berjalan pegang kuat-kuat kat palang besi koridor.  Masa tu, tengah ada pertukaran staf hospital. Biasala waktu pagi kan. Staff tu lelaki, tanya saya nak bersalin ke masa saya tengah sakit contraction tu. Terus abi kena marah kat staff tu, sebab tak tolak saya guna wheelchair. Heheh.. Saya ingat nak banyakkan berjalan la, bagi senang nak bersalin sikit. Heheh...

Bila dah daftar tu, saya terus dipasang alat untuk cek jantung bayi (CTG). Agak lama jugak la, lebih setengah jam kot sampai saya dah tak tahan so saya panggil je jururawat pelatih tu. Masa tu dah sakit sangat-sangat dah. Kemudian diorang terus buat VE (cek jalan), dah terbukak 5cm so saya terus diarahkan masuk ke bilik bersalin.

Alhamdulillah, proses kelahiran Ajlaa' begitu mudah. Dalam 10 mini je dalam bilik bersalin tu, permata hati saya ni terus keluar dengan cuma 2 atau 3 kali push. Doktor dan jururawat tak sempat berbuat apa2. Line drip ke apa ke memang tak sempat buat. Abi pun tak sempat nak dipanggil masuk untuk menyaksikan kelahiran puterinya ini. Tak sabar betul Ajlaa' ni nak keluar kan? Hihihi... Abi cuma dipanggil masuk sekejap lepas tu untuk iqamat, lepas tu terus kena keluar dah. Hahaha...

Hari 1 di dunia

Ooooh dah panjang rupanya saya bercerita.. Begitulah serba sedikit kisah kelahiran permata hati saya ni.. Lahir pukul 8.30 pagi pada 10 Februari 2011 (pada 09/02 tu saya sempat berseloroh dengan kakak saya, nak bersalin 11/02/11 baru cantik tarikh tu) rupanya tak sempat.. Hehehe...

Apapun, semoga puteri tersayang saya ni membesar dengan sihat, bijak, solehah, patuh kepada kami orang tuanya juga taat kepada suruhan Allah. Semoga dia cemerlang dunia & akhirat, dapat menyumbang kepada ummah insya Allah..



---------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

2 comments

  1. Nama saya sama la ngan nama anak awk.. teruja kejab..sbb jarang jumpa nama saya.. and tarikh lahir pun nak dekat sama.. saya 14 feb.. hehehhehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kan, jarang orang nama ni... tu la ajlaa' ni pun bila orang tny nama, mesti diorg mcm muka pelik bila bgtau nama ajlaa'..eheheheh....

      Delete