Selamat Hari Guru

  • Tuesday, May 16, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hari ni, 16 Mei mesti merupakan hari yang bersejarah setiap tahun bagi semua yang bergelar guru kan? Hari untuk meraikan guru-guru. Bukan senang nak jadi guru ni, tambah-tambah lagi jadi guru pada zaman yang sangat mencabar ni. Kalo tak, takdelah puisi yang bertajuk Guru Ibarat Lilin tu kan? Besar sungguh pengorbanan seorang guru ni...



Sinonim dengan Hari Guru, biasanya anak-anak murid bagi hadiah kan.. Terkenang pulak zaman jadi pelajar dulu-dulu heheheh.. Memang bagi jugak hadiah kat guru-guru walaupun cuma sekadar hadiah yang biasa-biasa je. Hadiah paling glemer masa sekolah dulu --> sabun seketul ataupun tisu sekotak - balut cantik-cantik kemudian bagi kat cikgu. Hihihi..

Biasanya cikgu-cikgu takdelah harapkan hadiah mahal-mahal pun.. Cukup kalo pelajarnya jadi seorang pelajar yang taat kepada guru, cemerlang belajar cemerlang akhlak cikgu dah sangat bersyukur dah.. Bagi hadiah ni, untuk meraikan cikgu je. Tanda kita sayang dan kasih kepada cikgu. Cikgu yang dah banyak membentuk kita, duniawi dan ukhrawi. Tanpa cikgu, siapalah kita kan.

Anak-anak saya, sambutan Hari Guru kat sekolah diorang pada Khamis ni. Dah sediakan dah jugak hadiah. Walaupun cuma hadiah yang biasa-biasa je jugak, tapi yang lebih penting adalah sebagai tanda ingatan kepada cikgu yang dah didik anak-anak kita. Juga, untuk didik anak-anak supaya biasakan diri dengan budaya memberi. Insya Allah.



Selamat Hari Guru ya, buat semua guru-guru.
Moga Allah ganjarkan kalian dengan setinggi-tinggi ganjaran di Akhirat kelak.
Aminnn..

Puisi Buat Guru

(sharing dari grup WhatsApp)

UNTUK YG BERNAMA  GURU

 Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, dan tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Bangsa Negara. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada semua yang bergelar guru... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepadaku akan aku manfaatkan demi kebaikan semua...

🌅 Wahai para guru...
Ladang pahala bagi kamu begitu luas...
Lebih luas dari apa yang anda sangkakan. 
Anak² murid anda boleh menjadi penyebab untuk anda 
merasai kemanisan 'syurga'.
Semailah mereka dengan benih² kebaikan.
Sirami mereka dengan akhlak terpuji...

🌅 Bergembiralah para guru. 
Semakin banyak ilmu yang anda ajarkan, 
semakin banyak pahala yang anda raih. 
Peliharalah ladang pahala anda ini. 
Jangan rosakkan ia dengan keluhan dan rungutan. 
Suburkan ia dengan rasa keikhlasan. 
Walaupun kadangkala anda terasa keletihan, 
percayalah keletihan itu akan terbayar 
dengan kerehatan di 'Syurga Abadi'...
ٍِاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sekian, moga ada manfaat...
Sekadar songsang aksara kata,  tanpa kembali ke tunjang makna... 

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

SELAMAT HARI GURU 2017

You Might Also Like

0 comments