Sunday, 21 May 2017

Review Gelora Beach Resort Bachok Kelantan

Weekend hari tu, sempat meluangkan masa bersama ahli keluarga di Gelora Beach Resort. Gelora Beach resort ni milik sahabat sekolah saya dulu, Mida. Resort ni merupakan resort keluarga beliau, dan beliau yang bertugas untuk menguruskan resort ni.

Terbaik!!!

Tu yang saya boleh cakap.




Kalo ada sesiapa yang plan nak menginap di tepi pantai, saya sarankan untuk datang ke Gelora Beach Resort ni. Ada beberapa pilihan bilik penginapan yang ada. Ada dorm, chalet dan rumah. Ada jugak hall, surau dan tempat makan. Sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat memang biasa booking resort ni untuk program diorang. Masa weekend hari tu pun ada jugak sekolah yang tengah berprogram disini.

Untuk pilihan bilik penginapan, boleh refer di sini.



Memandangkan keluarga kami ramai, so saya pilih pakej Rumah Aryana dengan harga sewa 1 malam RM378. Sangat berbaloi, dengan kelengkapan yang boleh dikatakan memang complete.

RUMAH ARYANA

RM378.00 satu malam
Dilengkapi perabot
3 bilik & berhawa dingin
TV, cerek elekrtrik, bilik mandi dalaman, meja makan
1 selimut tambahan & 5 bantal.
Syampu dan sabun mandi disediakan
Pemandangan ke arah pantai
Kapasiti : 10-15 orang.

Dapur memang boleh digunakan untuk memasak. Ada periuk kuali semua. Pinggan cawan gelas sudu garfu tu memang banyak lah disediakan jugak. Kiranya, kalo tak bawak dari rumah pun takpe.

Laman luas. Anak-anak siap boleh main bola.

Ada tempat nak barbeque, siap dengan 4 buah meja batu + 1 wakaf yang besar + 1 wakaf sederhana besar untuk lepak-lepas sambil makan ayam bakar. Memang sangat selesa.



Aktiviti kami kat resort?

Jom tengok video ni tau...
Siap berpulut durian lagi kami... hihihi...




Nak menginap kat sini?

Boleh contact Puan Mida  -  019-9967491


Nak order Shaklee?

Boleh contact Puan Efie - 019-9890707 ;-)


No comments:

Post a Comment