Bayi didalam kandungan dikelilingi air ketuban, di dalam lapisan amnion yang nipis tetapi kuat. Lapisan ini akan melindungi bayi dari sebarang gegaran, hentakan dari luar dan juga sebagai medium perkumuhan. Apabila tiba masa untuk bersalin, lapisan ini akan pecah dan air ketuban akan mengalir keluar. Ini dinamakan SROM (Spontaneous Rupture Of Membrane)
Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, lapisan amnion ini pecah dengan sendiri dan mengalirkan air ketuban sebelum masanya (sebelum tiba waktu bersalin). Kita mungkin terasa ada air yang mengalir ke kaki, ataupun terdapat tompokan air di tempat tidur.Warna air ketuban biasanya jernih dan tidak berbau, beza dengan air kencing.
Biasanya berlaku bila kandungan dah memasuki trimester ke 3. Kita mula menyedari bengkak pada kaki dan tangan ini apabila tetiba sandal / selipar yang biasa kita pakai mulai menjadi ketat. Ataupun, cincin yang biasa berada pada jari kita, juga tiba-tiba menjadi sangat ketat.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dahpun masuk minggu ke 32. Sekejap je kan. Insya Allah, dalam masa 8 minggu sahaja lagi, bayi yang dikandung ini akan lahir menjengah ke dunia. Perasaan bercampur aduk. Gembira risau semua ada. Berdebar-debar memang takleh nak elak, walaupun ini merupakan anak ke 3 kami. Namun, perasaan tetap sama seperti ingin menimang anak sulung...
Tu baru bab kesihatan luaran. Bab kesihatan dalaman pun lagi la kena titikberat. Amalan rohani, tuturkata tingkahlaku tu semua kena jaga. Bukan nak kata masa hamil je kena jaga, masa lain tak payah (kang ada pulak yang silap paham statement aku ni hehehehe), tapt masa hamil ni la yang betul-betul kena jaga kan...
Ok, kali ni kita cerita pasal berat yang naik mencanak-canak ni.. Bila naik sangat, memang misi bising kan? Tak naik pun tak boleh jugak, bising jugak.. heheh.. takpelah, tu keje misi.. biar je diorang buat keje diorang.. kita redha je lah... hehehe..
Apa yang kita nak, berat kita naik cantik je semasa hamil. Tak nak la naik banyak sangat kan. Nanti nak turunkan lepas bersalin nanti susah..
Jumlah kenaikan berat sepatutnya sekitar 11-16kg sahaja, sepanjang tempoh kehamilan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah kat bawah.
Kadang-kadang saya ditanya apa suplemen favourite saya sebagai pengedar sah Shaklee.. Jawapan saya pastilah Ostematrix.. Tapi kalo ditanya apa suplemen ke 2 yang jadi pilihan? Pasti saya akan jawab OmegaGuard..
Kisah saya dengan OmegaGuard bermula dengan anak saya Ajlaa' Qaisa.. Dialah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan kebaikan yang ada pada OmegaGuard..
Ajlaa' masa bayi, sering keluar masuk wad.. 3x pernah diwadkan kerana serangan asthma / bronchiolitis.. sedih pilu hati, bila tengok anak asyik kena neb, asyik kena cucuk amek darah dan macam-macam lagi.. tidur malam tak boleh, batuk berkahak, nafas tak lepas.. huhu sedih sangat saya rasa.. dia baru je berusia 8 bulan masa tu.. sangat tak berdaya lagi masa tu...
Alhamdulillah, tahun 2015 ni Ammar dah masuk 6 tahun. Rasa macam baruuuuu je lagi mengandungkan dia, bersalinkan dia, susukan dia, trauma tak tidur malam bila dia asyik menangis sampai subuh masa dalam pantang dan banyak lagi kenangan lain.. Setiap anak, punya pengalaman yang berbeza-beza kan?
Ni nak jadi anak teruna dah pun.. Kejap betul masa berlalu...
Ammar tahun ni, kat sekolah beliau, beliau layak masuk ke kelas untuk menghafaz Al-Quran. Gembira sangat hati saya bila dapat tau. Ye la, rasanya impian setiap ibu bapa kan nak tengok anak-anak berdamping dengan al-Quran, mempelajari ayat-ayat Qurang, mengamalkan ajaran al-Quran insya Allah..
Saja saya tulis entry ni, untuk ingatan sampai bila-bila. Bila Ammar dah besar nanti, dia pun boleh baca blog saya. Moga dapat memberi dia kekuatan untuk jadi anak soleh, yang patuh dan menjadi pejuang agama kita bila dia besar nanti, insya Allah.
Surah Hafazan Untuk Ammar
Sejak akhir tahun lepas, masa mula-mula tau Ammar layak masuk kelas hafazan ni, pihak sekolah dah bagi senarai siap-siap surah apa yang Ammar kena hafal.
Terdapat 24 surah yang Ammar kena hafaz (17 surah + 7 surah)... Hohoho agak mencabar jugak ni.. Saya memang rasa tercabar, sebab saya pun tak hafaz.. huhuhu..
Jadi, doakan saya untuk saya pun dapat turut hafaz surah-surah ni..
Selain tu, rasanya Ammar pun perlu saya latih di rumah kan, takleh nak serah sepenuhnya kat pihak sekolah.. lagipun tugas untuk didik anak tu, tugas kita sebagai ibu bapa sebenarnya.. bukan semata-mata outsource kat orang lain...