Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 32

  • Wednesday, January 21, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dahpun masuk minggu ke 32. Sekejap je kan. Insya Allah, dalam masa 8 minggu sahaja lagi, bayi yang dikandung ini akan lahir menjengah ke dunia. Perasaan bercampur aduk. Gembira risau semua ada. Berdebar-debar memang takleh nak elak, walaupun ini merupakan anak ke 3 kami. Namun, perasaan tetap sama seperti ingin menimang anak sulung...

Perkembangan Kehamilan Minggu ke 32 Buat Ibu

 



Bahagian atas rahim telah naik sehingga ke tulang rusuk. Kita kadangkala akan mengalami kesukaran untuk bernafas jika bayi menolak ke atas. Kita juga lebih kerap mengalami pedih ulu hati pada waktu ini.

Kita semkin sukar untuk berbaring atau duduk dalam jangka masa yang lama. Pendek kata, kita semakin kurang selesa. Kita akan terasa semakin berat, dan pergerakan menjadi semakin susah. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan kita mudah hilang keseimbangan, dan boleh tejatuh. Hati-hati ya...

Lelehan vagina juga semakin banyak dan kita juga semakin mudah berpeluh. Kita turut lebih kerap ke bilik air, kerana kepala bayi telah menekan pundi kencing. Setiap kali berlari, batuk, bersin atau ketawa, kita mungkin mengalami keadaan 'melepaskan sedikit air kencing dengan tidak sengaja'.



Perkembangan Kehamilan Minggu ke 32 Buat Bayi

 


  • Kepala bayi mulai berpusing ke bawah, sedia seperti saat untuk dilahirkan.
  • Rambut mulai tumbuh
  • Berat bayi sekitar 1.6kg - 1.7kg, dan berukuran kira-kira 42cm panjang dari kepala hingga ke hujung kaki.
  • Walaupun paru-paru bayi belum terbentuk sepenuhnya sehingga sebelum dia dilahirkan, dia sedang sibuk menyedut cecair amnion sebagai persediaan bagi paru-parunya bersenam dan berlatih bernafas selepas dilahirkan.
  • Bayi bergerak dengan sangat aktif pada minggu ini. Untuk selepas ini, pergerakan bayi mungkin berkurangan, kerana ruang untuk bergerak semakin sempit. Ini adalah normal, jangan risau.
 
 Ibu-ibu hamil yang nak dapatkan vitamin...



Untuk Vitamin Ibu Bersalin dan Berpantang, Dapatkan Di Sini


 Boleh isi borang ni..

Atau boleh je hubungi saya, pengedar Shaklee bertauliah anda...


❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707

You Might Also Like

0 comments