Tuesday, 20 January 2015

Kelas Hafazan Untuk Anakanda Ammar Qayyum

Alhamdulillah, tahun 2015 ni Ammar dah masuk 6 tahun. Rasa macam baruuuuu je lagi mengandungkan dia, bersalinkan dia, susukan dia, trauma tak tidur malam bila dia asyik menangis sampai subuh masa dalam pantang dan banyak lagi kenangan lain.. Setiap anak, punya pengalaman yang berbeza-beza kan?

Ni nak jadi anak teruna dah pun.. Kejap betul masa berlalu...



Ammar tahun ni, kat sekolah beliau, beliau layak masuk ke kelas untuk menghafaz Al-Quran. Gembira sangat hati saya bila dapat tau. Ye la, rasanya impian setiap ibu bapa kan nak tengok anak-anak berdamping dengan al-Quran, mempelajari ayat-ayat Qurang, mengamalkan ajaran al-Quran insya Allah..

Saja saya tulis entry ni, untuk ingatan sampai bila-bila. Bila Ammar dah besar nanti, dia pun boleh baca blog saya. Moga dapat memberi dia kekuatan untuk jadi anak soleh, yang patuh dan menjadi pejuang agama kita bila dia besar nanti, insya Allah.

Surah Hafazan Untuk Ammar


Sejak akhir tahun lepas, masa mula-mula tau Ammar layak masuk kelas hafazan ni, pihak sekolah dah bagi senarai siap-siap surah apa yang Ammar kena hafal. 


Terdapat 24 surah yang Ammar kena hafaz (17 surah + 7 surah)... Hohoho agak mencabar jugak ni.. Saya memang rasa tercabar, sebab saya pun tak hafaz.. huhuhu..

Jadi, doakan saya untuk saya pun dapat turut hafaz surah-surah ni.. 

Selain tu, rasanya Ammar pun perlu saya latih di rumah kan, takleh nak serah sepenuhnya kat pihak sekolah.. lagipun tugas untuk didik anak tu, tugas kita sebagai ibu bapa sebenarnya.. bukan semata-mata outsource kat orang lain...

Doakan saya berjaya ya... amiiiiinnnnnnn....

************************************************

Nak order Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707


No comments:

Post a Comment